Pada 07 Februari 2017, Aku melihat di dalam mimpiku bahawa Israel mula membina bangunan besar yang bewarna coklat di dalam kawasan Palestin. Ini menyebabkan orang-orang Islam di Palestin menjadi marah. Orang-orang Islam di Negara-negara Arab lainnya juga turut berasa marah.
Mengapakah Israel membuat bangunan ini di sini?. Ini adalah tanah milik orang-orang Islam. Orang-orang Islam di seluruh dunia juga bersuara membantah tindakan ini, dan mereka mula memprotes Israel. Namun Israel tidak menghentikan tindakan tersebut dan orang-orang Islam tidak dapat berbuat apa-apa selain daripada memprotes.
Apabila aku melihat situasi ini, Aku tertanya “Bangunan apakah ini yang menyebabkan orang-orang Islam melakukan banyak sekali protes?” Aku duduk di dalam sebuah mesin terbang untuk melihat bangunan tersebut. Apabila aku datang lebih dekat, aku melihat orang-orang Islam sedang melakukan protes dan Israel telah hampir siap membina bangunan tersebut. Apabila lampu dinyalakan di dalam bangunan tersebut, orang-orang Islam yang memprotes menjadi lebih ramai lagi.
Namun, tiba-tiba ada suatu letupan besar berlaku di dalam dasar bangunan tersebut dan kesannya begitu dahsyat sehingga menyebabkan keseluruhan bangunan tersebut berubah semalaman (serta-merta) dan disebabkan letupan tersebut, ribut debu yang menakutkan mula melanda dan merebak di mana-mana. Orang-orang Islam serta keluarga mereka terjejas disebabkan oleh ribut debu ini. Beribu-ribu orang Islam terdiri daripada lelaki, perempuan dan kanak-kanak mula meninggal dunia.
Ribut debu tersebut sungguh besar sehingga cahaya matahari tidak dapat sampai ke bumi dan ia berasa seperti malam yang gelap. Disebabkan oleh ribut debu ini, tiada sesiapa boleh pergi untuk mendapatkan pertolongan. Aku berpatah-balik melihatnya dan ribut debu tersebut terus merebak menyebabkan banyak kemusnahan di Timur Tengah, Mesir, Sudan dan banyak lagi negara-negara Arab.
Ia menyebarkan banyak kemusnahan yang mana aku tidak dapat menjelaskan dengan kata-kata. Aku tertanya “Apakah yang telah dilakukan oleh Israel sebenarnya sehingga menyebabkan berlakunya ribut yang begitu besar?, apa yang ada di dalam bangunan tersebut sehingga menyebabkan semua negara Arab terjejas dengannya dan bila ribut yang dahsyat ini akan berakhir?”
Mimpi itupun berakhir di situ.
Komentar