CERITA MUHAMMAD QASIM | Impian Muhammad Qasim



Ini adalah kisah Muhammad Qasim anak kepada Abdul Karim.
As-salamualaikum. Saya berasal dari Pakistan.
Selama 26 tahun yang lalu Allah dan Muhammad Salah Allahu alayhi wasalam sentiasa datang ke dalam mimpi saya.
Kali pertama mereka datang ke dalam mimpi saya ialah ketika saya berumur 12 tahun dan semasa saya berumur 17 tahun pula , mereka berterusan hadir ke dalam mimpi saya.
Sejak itu Allah telah datang ke dalam mimpi saya sekurang-kurangnya 500 kali dan Muhammad sallallahu alaihi wasallam datang ke dalam mimpi saya sekurang-kurangnya 300 kali.
Saya bersaksi bahawa tidak ada Tuhan kecuali Allah dan Nabi Muhammad ﷺ adalah utusan-Nya.
Pada tahun 2007 Allah dan Muhammad sallallahu alaihi wasallam mengajar saya apa yang perlu dilakukan dan apa yang tidak harus dilakukan.Kebanyakannya untuk menghindari segala perkara syirik.
Saya telah melihat banyak mimpi dimana Islam dan umat Islam akan bangkit ke seluruh dunia.
Kali pertama pada bulan April 2014 Allah memberitahu saya, “Qasim, AKU ingin engkau menceritakan kepada seluruh dunia tentang mimpimu dan AKU mahu semua orang tahu siapa dirimu”.
Saya telah berkongsi banyak mimpi saya dengan rakan-rakan, jiran dan ahli keluarga namun akhirnya mereka semua tidak mempedulikan saya . Selepas itu, saya berhenti berkongsi mimpi saya.
Kemudian pada bulan Disember 2014, Muhammad sallallahu alaihi wasallam muncul dua kali dalam mimpi saya dan berkata, “ Engkau perlu menyelamatkan Islam dan Pakistan dengan berkongsi mimpimu!”.
Dalam penuh kekecewaan, saya bertanya kepada diri sendiri apa yang perlu saya lakukan? Saya tidak tahu mengapa Allah dan Muhammad sallallahu alaihi wasallam terus hadir ke dalam mimpi saya.Saya cuma seorang muslim biasa dan bukan seorang ulama. Namun saya hanya mengatakan kebenaran dan saya mahu menjadi sahabat Allah.
Saya tidak pernah melihat Allah .Saya cuma merasakan dia berada di atas Arash di atas langit serta saya mendengar suaraNya dari sana atau melihat cahayaNya.
Saya berasa DIA lebih dekat dengan saya daripada urat leher saya dan di bahagian hadapan otak saya.
Saya juga hanya melihat tubuh Muhammad sallallahu alaihi wasallam kerana pandangan saya akan selalu lebih rendah disebabkan rasa hormat kepadanya.
Dalam beberapa mimpi, saya berjabat tangan dan memeluk Muhammad sallallahu alaihi wasallam. Tubuh saya juga bersaksi bahawa ini adalah batang tubuh yang suci Muhammad sallallahu alaihi wasallam.
Allah memberitahu saya dalam mimpi pada tahun 1994 “Qasim,AKU akan memenuhi janji yang AKU buat kepada engkau dan jika AKU tidak boleh, AKU bukanlah TUHAN semesta alam”.
Sejak hari itu saya menaruh kepercayaan kepada Allah dan menunggu janjiNya.
Apabila saya mula kehilangan harapan, Allah atau Muhammad sallallahu alaihi wasallam akan menasihati saya dengan kesabaran dan memberitahu saya, “ Qasim, muslim tidak boleh kehilangan harapan dan janganlah seperti kaum bukan islam”.
Di dalam banyak mimpi saya, Allah dan Muhammad sallallahu alaihi wasallam sentiasa membimbing saya ke jalan yang benar. Allah juga memberitahu saya, “Qasim, pergi sebarkan cahaya kepada dunia yang di dalam kegelapan!”.
Allah dan Muhammad sallallahu alaihi wasallam memberitahu saya, “ Qasim, suatu hari engkau akan mengeluarkan seluruh umat Islam dari kegelapan dan seluruh dunia akan dipenuhi dengan cahaya dan kedamaian akan bermula dari Pakistan”.
Dalam mimpi yang lain saya melihat dajjal cuba memusnahkan keamanan dunia. Allah memberitahu saya bahawa kita akan menjadi umat terakhir Muhammad sallallahu alaihi wasallam di Bumi ini dan kiamat akan didirikan ke atas mereka yang paling buruk dikalangan kita.
Pada bulan Februari 2015, Muhammad sallallahu alaihi wasallam memberitahu saya di dalam mimpi ,“ Anakku! Janganlah kehilangan harapan. Engkau sangat dekat dengan nasibmu dan Allah sedang membantumu. Jadi tunggulah sedikit lagi”.
Ramai orang telah memberitahu saya bahawa saya seorang pesakit jiwa atau ia dari shaitan.Walau bagaimanapun, Allah telah memberitahu saya selama bertahun-tahun lamanya, “Qasim, bacalah surah tiga Qul yang terakhir sebelum engkau tidur supaya shaitan menjauhkan diri dari mu”. Justeru itu, saya telah mengamalkannya selama bertahun-tahun.
Allah memberitahu saya dalam banyak mimpi , “Qasim, suatu hari AKU akan membantu engkau dan memberi engkau kejayaan dan AKU akan menunaikan janji-janjiKU walau terdapat satu hari lagi dari kiamat”.
Saya tidak tahu bilakah itu akan berlaku tetapi saya telah menunggu selama 21 tahun yang lalu.
Semoga Allah membalas anda dengan kebaikan ,atas masa yang telah anda peruntukkan .

Komentar