Pada bulan Mac 2015 Muhammad Qasim melihat sebuah mimpi.Dalam mimpi ini saya berada di rumah lama saya dimana semuanya telah rosak dan tidak mempunyai lampu.
Saya berkata mungkin sudah tertulis dalam nasib saya bahawa saya akan hidup dalam kegelapan ini buat selama-lamanya.Tetapi kemudian Allah muncul di atas Arash-Nya dan berkata “Qasim! Berapa lamakah engkau akan terus hidup dalam kegelapan ini? Keluar dari rumahmu dan cari tempat di mana terdapat Rahmat dan KeberkatanKu , sebuah tempat dimana tiada kegelapan dan kesedihan”.
Saya segera meninggalkan rumah saya dengan gembira dan berfikir bagaimana baiknya Allah bahawa DIA datang untuk membawa saya keluar dari kegelapan ini.
Saya mengembara untuk jarak yang berdekatan sehingga saya melihat 8 atau 10 ekor singa bersaiz besar sedang mengaum kelaparan.
Saya berlari kembali ke rumah saya dengan ketakutan dan membanting pintu di belakang saya.Saya mengadu kepada Allah dan DIA berkata “ Percayalah, tiada seekor pun dikalangan mereka dapat mengapa-ngapakan engkau”.
Saya melihat ke luar tingkap untuk mencari singa-singa itu.Tiga ekor anjing yang menakutkan muncul dan berlari ke arah tingkap serta menyalak dengan kuat. Saya terjatuh ke belakang apabila anjing-anjing itu datang menghampiri.
Anjing itu melanggar penghadang logam di tingkap rumah dan jatuh tidak sedarkan diri.Saya duduk di penjuru dinding mengadu kepada Allah dengan meragui kenyataanNya yang terdahulu.
Allah menjadi marah dan menghentam anjing-anjing itu dengan kilat dan mereka semua mati di sana.
Allah berkata, “Qasim sama ada engkau mematuhi perintahKu atau hidup dalam kegelapan ini selama-lamanya.Percayalah, AKU akan melindungimu dan membuat engkau mencapai takdir mu.Dan Qasim AKU sangat berkuasa dalam apa yang AKU lakukan”.
Allah beredar dan saya masih berbaring di sana memikirkan apa yang harus saya lakukan.Kemudian saya berfikir tidak kira apa yang saya lakukan, kematian akan tetap sampai kepada saya. Jadi lebih baik saya mati di luar daripada mati dalam kegelapan ini dan Allah menjanjikan saya perlindungan dan kejayaan. Oleh itu saya seharusnya menaruh kepercayaan kepada Allah.
Setelah itu saya mengambil nama Allah dan meninggalkan rumah dengan penuh ketakutan dan kebimbangan.Saya juga meninggalkan pintu rumah dalam keadaan terbuka supaya saya dapat berlari pulang dengan mudah.
Saya berjalan perlahan-lahan dengan cukup berhati-hati. Pada mulanya saya tidak melihat mana-mana singa.Kemudian di hadapan saya, saya melihat lengan singa yang sudah terpisah.Saya berfikir siapakah yang mampu membunuh singa yang menakutkan itu?
Selanjutnya saya melihat kepala singa dan beberapa pasang badan singa.Saya berasa selesa kerana menyedari bahawa Allah sedang mempermudahkan jalan untuk saya.
Kemudian saya mula mencari Allah dan tertanya-tanya apa yang perlu dilakukan seterusnya.
Saya melihat sebuah bangunan yang besar dan saya memanjat bumbungnya untuk mencari Allah.
Saya melihat nuur (cahaya) Allah pergi ke suatu tempat dan saya berlari mengejar cahaya itu.Apabila saya telah sampai kepada nuur (cahaya) itu, ia pun menghilang.
Nuur (cahaya) Allah itu sangat menawan sehingga saya baru tersedar yang saya telah berada di atas tanah.Saya menjadi terkejut memikirkan mengapa saya tidak terjatuh?
Saya menyedari bahawa sesungguhnya Allah telah menjaga saya sepanjang masa.
Saya berasa sangat teruja dan menyeru Allah dengan berkata , “Di manakah Engkau ?”
Kemudian Allah menyebut nama tempat tujuan saya dan berkata, “Qasim, Aku di sini . Datang dengan cepat!”
Dengan tenaga, saya melihat kawasan itu dan berfikir bagaimana saya boleh mendapatkan Allah.Kemudian saya melihat sebuah motosikal mewah yang besar dan berwarna hitam .Saya pun terus menunggang motosikal itu tetapi jalanraya dipenuhi lumpur yang melambatkan saya.
Saya berharap semoga jalan itu berkeadaan baik supaya saya boleh memandu dengan pantas.
Sejurus saya habis berkata-kata, sebatang jalan karpet berwarna hitam muncul dari bumi dan tersebar.Saya menjadi gembira dan memandu motosikal itu dengan penuh kelajuan sehingga saya sampai ke destinasi saya.
Ia adalah sebuah bangunan besar yang mewah dan berwarna indah.Saya berlari ke dalam bangunan dengan penuh keseronokan. Suasana bangunan itu sangat nyaman, aman dan menenangkan .Warna dan bentuknya agak pudar menjadikan penampilannya sangat menarik, seolah-olah seperti seseorang baru sahaja mengecat bangunan itu. Dan rasanya seperti Allah akan membangunkan bangunan itu dan menjadikannya baru lagi.
Saya pergi dari satu bilik ke bilik yang lain dan kemudian sampai ke sebuah dewan besar. Di dalam dewan itu terdapat nuur (cahaya) Allah.
Allah berkata, “Qasim adakah AKU tidak memberitahu engkau bahawa AKU akan membawamu ke sini dengan selamat?”
Saya menjawab kepada Allah “Engkau telah membuat kenyataan menjadi nyata dan menunjukkan jalan kepadaku.Engkau telah membawa daku keluar dari kegelapan dan Engkau membawa daku kepada cahaya.Sesungguhnya Engkau adalah Pemandu yang Terbaik.Sekarang aku akan menyelesaikan baki kerjaku bermula pagi esok.Kemudian daku akan memaklumkan Engkau tentang penyelesaian tugasku”.
Allah menjawab dengan nada serius , “Qasim jika engkau berjaya menyelesaikan semua kerjamu pada hari esok ,maka AKU akan mendirikan qiyamat pada waktu petangnya”.
Komentar