Baik. Inilah huraiannya mengenai Nabi ﷺ yang kita cintai.
Dalam mimpinya, Qasim telah bertemu dengan nabi Allah ﷺ lebih daripada 300 kali.
Dalam mimpinya, Qasim telah bertemu dengan nabi Allah ﷺ lebih daripada 300 kali.
Saya tidak dapat menjelaskan kepada anda bagaimanakah bentuk wajah Nabi Muhammad ﷺ kerana apabila saya mendekatinya, kepala saya akan tertunduk hormat kepadanya begitu juga dengan pandangan saya seperti yang kita lakukan apabila berdoa.Alasan lain adalah wajahnya selalu memancarkan cahaya yang menjadikannya sukar untuk memahami ciri-ciri wajahnya. Ketinggian Nabi Muhammad ﷺ adalah kira-kira 5 kaki dan 11 inci. Baginda ﷺ mempunyai badan yang sangat tegap dan dia berjalan di bumi dengan sangat baik dan lancar.
Nabi Muhammad ﷺ menutup kepalanya dengan kain dan nur putih keluar dari tubuh Baginda ﷺ .
Seluruh tubuh saya menyaksikan bahawa ini adalah Rasul Allah, Muhammad ﷺ. Apabila saya menyambutnya dengan berjabat tangan, tangan saya menyaksikan bahawa ini adalah tangan Rasululah ﷺ. Seterusnya pada ketika saya memeluknya, tubuh saya juga menyaksikan bahawa ini adalah badan yang hangat milik Rasulullah ﷺ. Ini membuatkan saya berasa tersangat gembira dan teruja.
Nabi Muhammad ﷺ bercakap dengan nada yang sangat lembut dan sopan. Baginda ﷺ menunjukkan perasaan yang paling mendalam dan mempunyai cinta yang paling tidak dapat dijelaskan, seolah-olah Baginda ﷺ baru sahaja bertemu dengan anaknya yang telah lama hilang.
Rasululah ﷺ berdoa untuk umatnya dan menangis untuk mereka seperti tidak pernah ada yang menangis sebelum ini. Baginda ﷺ akan terus mengatakan “ Umatku, … Kita!”
Baginda ﷺ sangat bersedih ke atas umatnya dan dia terus membuat doa untuk orang yang telah tersesat.
Saya tidak boleh mengungkapkan dengan kata-kata untuk kesedihan yang sedemikian. Jika anda tahu anda tidak akan berhenti menangis jika anda pernah memikirkannya.
Satu contoh ialah Rasululah ﷺ akan berjalan-jalan di sekeliling, di belakang ,di hadapan dan sebagainya hanya kerana bimbang. Baginda ﷺ akan mempunyai banyak harapan, tenaga dan semangat apabila Baginda ﷺ ingin mencadangkan apa-apa kepada saya.
Terdapat satu contoh dalam mimpi, yang saya akan kongsi di dalam video yang lain, di mana saya melihat pada matanya yang penuh air mata pada masa itu. Saya menjadi terpesona dan saya tidak dapat melihatnya seolah-olah Allah telah memenuhi matanya dengan Nur.
Jazakallah khayran untuk masa anda.
Komentar