Qasim berkata saya melihat mimpi ini pada 9 Oktober 2017. Di dalam mimpi itu saya sedang menyampaikan mimpi saya kepada orang ramai bahawa sebuah gempa akan berlaku dan bangunan2 lama kita akan runtuh. Setelah itu ia akan menimbulkan masalah besar kepada kita.
Namun orang ramai berkata bahawa itu hanyalah khayalan belaka. Saya memberitahu mereka bahawa bangunan perniagaan kita sudah banyak rosak dan ia mempunyai rekahan yg sgt besar. Tetapi mereka tidak percaya dan berkata kita telah selamat dari banyak gempa sebelumnya dan sehingga kini bangunan kita masih bertahan.
Saya berkata "Memang benar. Tetapi bangunan kita tidak akan mampu menahan gempa yg lainnya. Bangunan kita akan runtuh." Lalu saya melihat diri saya di dalam sebuah bangunan yg amat rosak dan mempunyai rekahan besar di dlmnya. Ketika itu saya dan anggota keluarga saya sedang berurus niaga. Saya memberitahu mereka bahawa kita harus keluar dari bangunan ini kerana ia akan runtuh. Tetapi keluarga saya tidak menghiraukan dan terus melakukan kerja. Selang beberapa masa tiada apa2 berlaku jadi saya pun meneruskan perkerjaan saya juga.
Tiba-tiba saya merasakan goncangan kuat dan saya memandang sekeliling, saya melihat objek2 kecil bergoyang. Saya memberitahu diri sendiri bahawa gempa sedang berlaku dan kita harus segera keluar dari bangunan ini. Saya berteriak dengan kuat " Ada gempa . Tinggalkan bangunan ini secepat mungkin !" Lalu saya menuruni tangga dengan cepat.Saat itu juga, sebuah gempa besar berlaku dan bangunan pun bergoncang kuat. Saya meninggalkan bangunan dan saya lihat sebuah bangunan sebelah kiri saya mulai runtuh.
Saya berkata , "Oh tidak. Ini akan menyebabkan kerugian besar kerana ia bangunan yg sangat besar! " Beberapa anggota keluarga saya keluar dari bangunan itu dan saya menyuruh mereka supaya beredar dari tempat tersebut.
Setelah itu bangunan itu mengeluarkan banyak debu dan sisa runtuhannya berselerakkan di merata tempat.
Saya lihat bangunan-bangunan mula runtuh dan semua orang panik menyelamatkan diri. Saya terus berlari menuju ke rumah saya. Saya melihat hampir kesemua bangunan perniagaan mulai runtuh.
Saya berkata "Kerosakan ini sangat teruk dan kerugiannya amat besar. Saya melihat rumah saya masih baik kerana rumah kami kuat dan dapat menahan gempa tidak seperti bangunan perniagaan kita itu.
Apabila saya pulang, seorang dari ahli keluarga saya bertanya, " Apa yang telah berlaku? " Saya berkata " Semua rumah dan bangunan perniagaan hancur dan debu runtuhan menyebar ke mana-mana." Seorang lagi berkata, "Apa yang dapat kita lakukan sekarang? Bagaimana kita dapat mengatasinya?" Saya berkata, "Saya sudah memberi amaran kepada kalian sebelum ini tetapi tidak ada yg mengambil endah. Sekarang saya tidak tahu bagaimana kita dapat mengatasi masalah ini. Sekurang-kurangnya banyak rumah kita terselamat dari gempa itu."
Setelah itu kami pun berpindah ke lokasi yg lebih aman. Semua orang risau dan sedih . Saat mereka melihat sisa bangunan itu mereka bertanya sesama sendiri kemana perginya masa-masa bangunan ini tegak berdiri dan kita masih berbahagia? Sekarang semua telah musnah.
Seseorang bertanya kepada saya . "Qasim apa yang akan terjadi kepada kita? Tolong lakukan sesuatu dan kembalikan keadaan seperti semula. "
Saya menjadi sedih dan berfikir bahawa saya tidak mampu berbuat apa-apa pada masa ini. Tidak ada seorang pun yang boleh menolong kecuali Allah SWT.
Komentar