Saya melihat mimpi tentang Ghazwa Hind dan kebangkitan islam.
Saya telah melihat perang ini berkali-kali dalam mimpi benar saya. Perang ini dikenakan terhadap Pakistan dan kita mempertahankan negara kita dan Islam.Itu adalah peperangan yang terbesar dan paling buruk terhadap Islam di dunia. Ia bukan sahaja peperangan terhadap Pakistan tetapi perang untuk kelangsungan hidup Islam. Ini kerana sebelum perang ini dua(2) istana kuat Islam yang utama iaitu Turki dan Arab Saudi telah musnah. Memandangkan Pakistan adalah istana kuat islam yang terakhir jadi ia sangat penting untuk mempertahankan Pakistan untuk menyelamatkan Islam .
Sebelum berlakunya perang ini, Allah swt menyampaikan berita berkenaan mimpi saya kepada Ketua Tentera Pakistan dan Nabi Muhammad ﷺ juga memberi kesaksian mimpi saya kepada beliau bahawa Qasim tidak berbohong kepada sesiapa mengenai mimpinya. Mimpi-mimpinya itu adalah benar dan ianya dari Allah swt.
Tentera dan rakyat Pakistan mengambil langkah-langkah yang berani untuk menyelamatkan Islam dan Pakistan . Kemudian orang yang benar-benar mencintai Pakistan mula memimpin dan kami membersihkan Pakistan dari segala bentuk ketidakpercayaan dan sistem keadilan yang adil telah terbentuk sehingga seluruh dunia menjadi terkejut . Apabila sistem pemerintahan sedemikian telah terbentuk maka Pakistan mula maju dan juga bersedia untuk berperang tetapi pada masa yang sama kemusnahan mula berlaku di Turki dan Timur Tengah. Kumpulan pengganas baru juga muncul di Timur Tengah.
Disaat Pakistan mula berkembang , India kemudiannya cuba menyerang Pakistan tetapi Allah membantu Pakistan dengan jet pejuang hitam yang kuat dan India tidak jadi menyerang Pakistan selepas melihat jet-jet itu. Dengan yang demikian, Pakistan memiliki peluang untuk maju dan bersedia untuk berperang. Tetapi pada sisi yang lain, India,sekutunya dan kumpulan pengganas juga mula bersedia untuk berperang dengan Pakistan.
Kami menyerang Kashmir dan membebaskannya untuk menjadikan pertahanan kami menjadi lebih kuat . Seterusnya India tidak berani untuk menyerang Pakistan kerana kehebatan jet pejuang hitam. Selepas melihat jet-jet hitam ini banyak umat Islam dari seluruh dunia datang ke Pakistan dan mula memainkan peranan mereka dalam membangunkan semula Islam. Allah membantu kita dari tempat yang tidak dapat dilihat dan DIA menjadikan kita sangat pintar.
Kita mencipta teknologi kita sendiri, kapal terbang dan kapal-kapal serta kita juga menjadi cukup berdikari. Sejurus sebelum perang berlaku, Nabi Muhammad ﷺ memanggil saya ke Madinah melalui mimpi. Semasa saya pergi ke Mekah dan Madinah, saya melihat bandar-bandar itu terbengkalai dan tidak terurus serta rusuhan dan kegelapan di kalangan rakyat. Saya memberitahu orang ramai supaya bersabar buat sementara waktu, Allah akan memulihkan semuanya dengan bantuanNya.
Setelah saya kembali, musuh-musuh telah bersedia untuk menyerang Pakistan dan kami juga bersedia untuk berperang.
Menurut mimpi benar saya, Nabi Muhammad ﷺ juga mengambil bahagian secara ghaib dan rahsia yang ianya dalam pengetahuan komandan terkemuka.Kemudian perang terburuk pun bermula.
Musuh Pakistan sangat yakin bahawa mereka akan dapat memusnahkan Pakistan tetapi perancangan Allah adalah sebaliknya. Allah membantu Pakistan dalam perang ini.
Orang Islam tidak membunuh mana-mana orang tua atau lelaki yang tidak bersenjata dan ingin berdamai.
Saya tidak tahu berapa lamakah peperangan ini berlaku tetapi Pakistan memenangi perang ini dengan bantuan Allah.
Selepas peperangan ini tamat, saya mendapati seramai 800 juta orang telah terbunuh. Kemudian saya menjadi sangat sedih dan berkata,” Mengapa perang ini dikenakan ke atas kita ? Kita hanya membela diri dan musuh-musuh sendirilah yang mahu mati.”
Kami membantu semua wanita , kanak-kanak, orang-orang tua dan menganggap mereka seperti keluarga dan mereka juga memeluk Islam.
Oleh sebab kita memenangi perang ini dengan pertolongan Allah dan musuh-musuh telah dikalahkan, maka umat Islam dari Timur keluar dengan bantuan Allah ke dunia dan mendapatkan semula wilayah mereka dan tidak ada yang menghalang kita dan semua bentuk keganasan dan penindasan telah dimusnahkan.
Kita menyebarkan Islam yang sebenar di seluruh dunia dengan bantuan Allah dan seluruh dunia mendapat keamanan.
Islam tersebar di dunia sekali lagi dan semua orang tahu bahawa islam yang sebenar milik Nabi Muhammad ﷺ penuh dengan keamanan. Terdapat rahmat ,kurnia dan rezeki Allah di mana-mana dan tidak ada seorang yang kekal bersedih atau miskin.
Yang paling penting , Allah senang dengan kita dan selepas beberapa tahun dajjal pun muncul.
Sila kongsikan mimpi-mimpi ini dan ambil perhatian terhadapnya. Seperti yang anda lihat, peristiwa ini adalah bersangkutan dengan semua perkembangan global umat Islam.
Terima kasih kerana menonton.
Terima kasih kerana menonton.
As-salamualaikum. Jazakallah khayron (semoga Allah memberi ganjaran kepada kamu)
Komentar