Hamba Pilihan ALLAH SWT | Impian Muhammad Qasim



Di dalam mimpi pada 05 Mac 2017, Muhammad Qasim melihat dirinya sedang duduk di dalam Masjid An-Nabawi.
Saya berasa perasaan yang sangat damai apabila mengetahui diri saya sedang berada di dalam Masjid Nabi Muhammad ﷺ yang suci. Kemudian saya melihat Nabi Muhammad ﷺ datang ke arah saya dan duduk di hadapanku.Di tangan baginda, terdapat empat keping lembaran emas bersaiz A4.
Nabi Muhammad ﷺ memberitahu saya dalam nada yang gembira bahawa “Qasim, berikan mesejku sekali lagi kepada umatku” “Barangsiapa membantumu adalah sama seperti membantuku.” “Qasim, berikan mesejku ini kepada orang yang bersama denganmu” “Mereka tidak perlu bimbang terhadap tugas yang telah telah dilakukan tidak di catat sebarang kebaikan” “Mereka jangan sekali-kali berfikir bahawa tugas yang telah mereka lakukan tiada manfaat.” “Tidak kira tugas apa yang telah mereka lakukan, walaupun seseorang melakukan tugas yang sangat kecil, ALLAH tidak akan sekali-kali mengabaikannya” “ALLAH akan menggandakan ganjaran dengan berlipat kali ganda” “Ini bukanlah tugasan biasa yang mereka lakukan.” “Mereka tidak perlu berfikir bahawa Aku tidak mengetahui nama mereka dan sumbangan-sumbangan mereka”
“Allah telah mencatat mereka di dalam lembaran ini dan Aku membaca nama mereka dan tugasan mereka berkali-kali” “Dan ALLAH memberitahuku tentang mereka secara langsung, mereka tidak perlu khuatir” “Dan mereka akan berada bersamaku semasa Hari Pengadilan” “Lembaran-lembaran emas ini yang diberikan oleh ALLAH kepadaku, Aku akan membawanya bersamaku sepanjang masa dan lembaran-lembaran emas ini adalah nama-nama mereka yang bersamamu semasa di dalam keadaan susah”
“Qasim, kebenaran Islamku akan tersebar ke seluruh dunia dengan bantuan ALLAH” “Pastikan engkau menghantar mesejku kepada mereka” Saya duduk di situ dengan senyap mendengar segala percakapan Nabi Muhammad ﷺ. Saya ingin membaca nama-nama yang terkandung di dalam lembaran tersebut, tetapi saya tidak dapat menggerakkan tubuh saya. Saya juga tidak tahu samada nama saya tercatat di dalam catatan lembaran tersebut.

Komentar