JIBREEL (A.S) | Impian Muhammad Qasim



Di dalam mimpi ini , saya duduk dan bercakap dengan Allah di atas bumbung rumah saya.
Saya berkata “ Ya Allah, benarkan saya berjalan di jalan Muhammad sallallahu alaihi wasallam dan dan biarkan aku melihat tamannya dari RahmatMu”. Kemudian Allah berfirman, “ Baik ! Qasim”.
“AKU akan menghantar Jibreel (A.S) di suatu tempat yang bersih di hadapan rumahmu.Dia akan membawa engkau ke tempat di mana engkau akan dapat berjalan di jalan Muhammad (S.A.W) dan dari sana engkau akan sampai ke Taman-taman Rahmat dan KeberkatanKu”.
Saya menjadi sangat gembira dan pergi kepada abang saya dan memberitahunya bahawa Allah sedang menghantar Jibreel A.S kepada saya sekarang. Apabila abang saya mendengarnya, dia berkata , “Qasim apa yang kamu cakap? Kenapa Allah menghantar Jibreel A.S?”
Dia tidak mempercayai saya , setelah itu saya meninggalkan rumah saya.
Kemudian di taman berhampiran saya melihat sebuah cahaya yang datang dari tanah.Abang saya merenung saya memikirkan apa yang telah berlaku kepada saya.Dalam beberapa ketika saya melihat Jibreel A.S tiba dari langit.
Sayap-sayapnya sangat putih bersih dan ada cahaya memancar daripadanya.Ia kelihatan seperti awan yang berkepul-kepul dan sangat putih sehingga bahagian belakang sayap dapat dilihat dari hadapan dan semua sayap itu bergerak dengan cepat pada masa yang sama .
Ini ialah satu pemandangan yang menakjubkan bagi saya.Jibreel AS datang kepada saya dan ketampanannya sangat luar biasa. Saya merasakan seolah-olah dia adalah salah seorang Malaikat yang pertama pernah diciptakan.Saya berkata kepadanya “ Allah memberitahu saya bahawa anda akan membawa saya ke suatu tempat”. Dia berkata “ Ya. Allah baru saja memberi perintah itu kepada saya. Pegang tangan saya dan kamu akan terbang dengan saya!”.
Saya meraih tangannya dan saya berkata kepada abang saya, “Lihat ! Ini ialah Jibreel A.S dan dia telah datang untuk mengambil saya”.
Saudaraku terkejut bahawa saya telah berkata benar.Dia berlari untuk berjumpa Jibreel A.S tetapi dia tidak menyedari bahawa terdapat jurang di hadapannya.
Dia hampir terjatuh tetapi pada masa itu Jibreel AS terus menangkapnya dan mendaratnya ke atas tanah.
Kemudian dia membawa saya jauh dan mendaratkan saya.Beliau berkata “Ini adalah tempat di mana saya diperintahkan untuk membawa anda”.Saya berkata okay dan berjalan sedikit menjauh lalu Jibreel A.S beredar.
Saya tidak tahu di mana saya berada tetapi kemudian saya melihat jejak kaki Muhammad sallallahu alaihi wasallam.Saya mengikuti jejak-jejak itu sehingga saya sampai di sebuah tempat yang menakjubkan.
Tempat ini mempunyai taman dan pelbagai jenis pokok dan tumbuh-tumbuhan. Ia seolah-olah sebuah tempat yang saya tidak pernah lihat sebelum ini.Terdapat bau yang harum yang belum pernah saya hidu dan angin nyaman yang terasa luar biasa terhadap tubuh saya.
Saya merasakan sejenis keseronokan yang ajaib dan saya menjadi sangat gembira.Ia adalah satu perasaan seronok yang sangat istimewa, melegakan dan memuaskan sekaligus.
Kemudian saya melihat seseorang membaca Surah Ar-Rahman dengan suara yang sangat merdu dan menenangkan. Alunan suaranya tidak pernah saya dengari sebelum ini.Saya segera terpikat lalu duduk di sebelahnya dan mendengar bacaannya.
Saya merasakan keseronokan yang sangat luar biasa setiap kali dia membaca ayat ini. “Nikmat manakah dari sisi TuhanMu yang Engkau mahu nafikan?”
Saya melihat taman-taman di belakang saya dan berkata sememangnya kita tidak boleh menolak mana-mana nikmat Allah.
Kemudian saya bangun dan saya melihat Nur (cahaya) Allah di hadapan saya. Setelah itu, saya mula merasa mengantuk dan berbaring di sana.
Saya berterima kasih kepada Allah kerana membawa saya ke sini, sebuah tempat yang tidak pernah saya bayangkan dengan RahmatNya.
Kemudian saya tertidur dengan tenang.

Komentar