Qasim berkata, Aku melihat mimpi ini pada 05 Oktober 2017, Aku berada di suatu tempat yang di kelilingi oleh rumah-rumah dan bangunan-bangunan. Aku berasa seolah-olah ALLAH berada di atas kami, lebih dekat berbanding awan-awan. Aku berasa bahawa ALLAH dalam keadaan murka yang teramat sangat, dengan suara yang kuat dan manakutkan.
ALLAH sedang berkata sesuatu seperti ayat-ayat berkaitan hukuman di dalam Al-Quran. Aku berasa bahawa ALLAH telah memerintahkan sesuatu kepada orang-orang ini untuk melakukan sesuatu, namun samada mereka tidak mematuhi perintah-perintah tersebut atau tidak mengendahkannya.
ALLAH berkata, “AKU akan menghantar hukuman yang sama kepada kamu, sepertimana AKU telah hantar kepada orang-orang sebelum ini yang tidak mematuhi perintahku!”. ALLAH menyebutkan hukuman tentang kaum Nabi Lut a.s dan berkata, “Adakah kamu lupa tentang hukumanKU ini!!?”

Aku berkata, “Oh Tidak, ALLAH sangat marah.” Aku melihat orang ramai berlari ke sana-sini ketakutan dan mencuba untuk menyembunyikan diri mereka. Namun, dimana sahaja mereka bersembunyi, ALLAH berkata, “AKU mengetahui dimana jua kamu bersembunyi, dan tiada sesiapa dapat bersembunyi dariKU!.”
Kemudian, mereka mula melarikan diri pada arah berbeza, dan ALLAH berkata yang sama seperti tadi. Setelah melihat keadaan ini, Aku juga mula berlari untuk menyembunyikan diriku. Aku berkata bahawa ini tidak baik. Apabila ALLAH menjadi marah, maka tiada sesiapa mampu menahanNya. Lebih baik menjauhkan diri dan mencari tempat yang selamat. Kemudian, Aku melihat beberapa orang sedang berlari bersamaku. Aku tidak bertanya kepada mereka mengapa berlari bersamaku.

Aku melihat suatu tempat yang jauh dan Aku berkata, “Ia kelihatan baik.” Kemudian Aku duduk di suatu sudut dengan belakangku menyandar ke dinding. Orang-orang yang bersama denganku duduk disebelahku. Tempat itu kelihatan sungguh aman. Aku tetap mendengar suara ALLAH namun sangat perlahan.
Aku berkata bahawa tempat ini selamat, ALLAH tidak akan menghantar hukumanNya di sini. Kemudian Aku melihat beberapa orang besar tiba. Mereka melihat kami duduk di situ dan mereka berkata sesama mereka, “Mereka sedang duduk-duduk dalam keadaan aman?” “Ini menunjukkan bahawa ALLAH tidak akan menghantar hukumanNya ke sini” Kemudian Aku menunggu dalam keadaan penuh bimbang bahawa bilakah kemarahan ALLAH akan berakhir?

Setelah kemarahan ALLAH telah berakhir, Aku membuat keputusan untuk beredar dari situ. Aku berfikir bahawa apabila Aku kembali, tiada apa-apa yang tinggal.
Komentar