Kemurkaan Allah Terhadap Orang yang Memperlecehkan Qasim | Impian Muhammad Qasim



Mimpi Muhammad Qasim pada 30 Nov 2015:
Saya sedang berlari ke suatu tempat dan saya bertanya kepada diri sendiri ke manakah saya hendak pergi? Nabi Muhammad ﷺ pernah berjalan di dalam cahaya dan Allah akan mengisi tempat itu dengan cahaya dari rahmatNya. Namun saya tidak dapat menemui jalannya walaupun saya ialah umat Nabi Muhammad ﷺ. Lalu,saya memanjat doa kepada Allah agar DIA mengizinkan saya berjalan di jalan Nabi Muhammad ﷺ supaya saya menjadi orang yang berjaya.
Kemudian saya melihat sebuah bangunan. Saya masuk ke dalamnya dan terdapat seorang gadis sedang menyiapkan makanan dan roti di dapur. Saya meminta makanan daripada gadis itu, tetapi dia tidak menghiraukan saya.Saya memanggilnya berkali-kali namun dia tidak menyahut malahan tidak menoleh ke arah saya. Lalu, dia kemudian menutup pintu dapur .
Setelah itu saya melihat tangga yang tinggi dan saya mula memanjatnya. Semasa mendaki anak tangga itu, saya melihat sebuah dewan yang besar di mana terdapat orang Islam dan pemimpin mereka di dalamnya.
Apabila saya mendekati mereka, Allah berfirman di telinga kanan saya , “Qasim, ceritakan mimpi-mimpi yang telah AKU tunjukkan kepadamu!” Maka saya berhenti di situ dan memberitahu mereka bahawa Allah dan Nabi Muhammad ﷺ sentiasa datang ke dalam mimpi saya sejak beberapa tahun. Allah telah berjanji kepada saya bahawa DIA akan membantu dan membawa saya keluar dari kegelapan ini. Allah juga telah menunjukkan jalan yang lurus kepada saya melalui mimpi – mimpi itu.
Sebaik sahaja mendengar berita ini , mereka mulai ketawa dan berkata , “Adakah kamu gila? Siapakah yang bercakap dengan Allah di dalam mimpi?” Tetapi beberapa orang percaya kepada saya. Kemudian saya menjawab, “ Mengapa tidak? Allah mampu melakukan segala sesuatu”. Malahan, Nabi Muhammad ﷺ telah memberitahu saya di dalam mimpi , ” Qasim , sesiapa yang menyokong kamu samalah seperti orang yang menolong saya”. Namun , mereka lebih lagi mentertawakan saya. Saya berkata, “ Kamu memperlekehkan saya hanya kerana Allah dan Nabi Muhammad ﷺ sentiasa datang ke dalam mimpi saya?” Kemudian pemimpin mereka berkata, “ Ya, itulah sebabnya dan kamu seorang pembohong”.
Saya berkata kepada diri saya bahawa umat ini sentiasa membuat permohonan kepada Allah agar DIA menolong dan mengeluarkan mereka dari kegelapan . Namun, apabila Allah menghantar seseorang , mereka hinakan beliau dan menjadikan dia sebagai bahan lawak.
Saya beredar dari sana dan orang-orang yang percaya dengan saya juga mula berjalan dengan saya. Manakala yang lain-lain berusaha sedaya upaya memberitahu penyokong-penyokong saya agar tidak mengikuti saya dan mengatakan ia adalah dosa serta kami hanya membuang masa. Namun orang-orang itu tidak menghiraukan kata-kata mereka dan terus mengikuti saya .
Saya berkata kepada sahabat-sahabat saya bahawa jika orang-orang ini tidak percaya kepada saya maka Allah akan menggoncang mereka dengan kuat. Seketika kemudian, sebuah gempa bumi yang kuat terjadi dan semua orang menjadi takut. Ia begitu kuat sehingga saya berasa seolah-olah bangunan ini akan runtuh. Saya berkata kepada sahabat-sahabat saya, “Jika bangunan ini runtuh maka atapnya akan terbuka dan Allah akan mengambil kita semua dan menempatkan kita di tempat yang selamat”.Tetapi kemudian, gempa bumi itu berhenti dan orang-orang yang bersama dengan pemimpin-pemimpin itu kebanyakannya melarikan diri ketakutan. Walau bagaimanapun , para pemimpin dan beberapa orang yang bersama dengan mereka mula mengejek saya lagi . Saya berkata kepada mereka “Allah telah menghantar gempa yang begitu menakutkan namun anda masih tidak faham dan anda tidak akan faham!”
Kemudian Allah berfirman di atas Arash dengan kemarahan yang besar,” Kamu berterusan mengejek Qasim... Tangan-tangan kamu akan patah dan kamu akan hancur !!”
Saat mendengar suara kemarahan Allah itu, saya terjaga dan menggeletar ketakutan.
أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْه

Komentar