Kemusnahan Ciptaan Dajjal dan Bantuan Allah | Impian Muhammad Qasim



Qasim berkata beliau melihat mimpi pada 19 Ogos 2017.
Saya berada di atas bumbung rumah yang sangat besar yang menghubungkan rumah kecil yang lain dimana saya dan orang-orang muslim lain tinggal di dalam. Di kejauhan saya melihat dua rumah besar yang terpisah dan di sekelilingnya, terdapat beberapa rumah kecil muslim yang berhampiran bangunan besar.
Saya melihat orang di situ membuat kapal terbang besar bersama-sama. Tetapi mereka memasang enjin hanya pada sebelah sayap dan tidak pada sayap yang sebelah lagi. Apabila pesawat mula terbang, saya menjadi terkejut. Saya berkata “Siapakah orang yang membuat kapal terbang begitu besar dan tidak memasang enjin pada kedua belah sayap sebelum berlepas? Pesawat ini akan terhempas sebaik sahaja ia berlepas dan akan menyebabkan banyak kemusnahan”. Kemudian, saya melihat kapal terbang itu sedikit membelok dan tiba-tiba, ia terkeluar dari kawalan dan terbang ke arah rumah saya. Saya menjadi takut. Seketika,pesawat itu terhempas dan kesan impak menghasilkan letupan yang besar sehingga menyebabkan saya membongkok dalam keadaan terkejut.
Saya mengumpulkan tenaga dan bangun. Saya melihat bahawa kapal terbang itu terhempas di atas rumah bersebelahan dengan rumah saya dan rumah itu telah musnah. Percikan api jatuh di mana-mana. Ini menyebabkan dinding rumah kami turut dijilat api. Orang di dalam rumah kami menjadi takut dan berkata "Siapa yang melakukan ini?". Kemudian saya meninjau di tempat di mana pesawat tadi berlepas dan saya mendapati dajjal di atas bumbung sebuah rumah yang berdekatan.
Saya terkejut dan bingung, apa yang dajjal lakukan di sana? Dia seolah-olah sedang melakukan sesuatu yang pelik. Kemudian dia menggunakan kuasanya untuk menyatukan angin dan awan. Dan sebuah ribut petir yang menakutkan pun terbentuk. Dia menghantar ribut itu ke tempat di mana terdapat dua rumah besar dan beberapa rumah kecil. Badai petir itu sangat menakutkan sehingga dengan melihatnya orang Islam menjadi takut. Ribut petir tersebut berhenti di atas rumah-rumah itu. Awan gelap yang tebal dengan kilat dan angin kencang berlegar di atas bumbung rumah-rumah itu seperti taufan yang besar. Ia seolah-olah akan memusnahkan segala-galanya. Angin ribut itu sangat kencang sehingga ia menolak awan-awan ke bumbung rumahku dan bencana besar akan menimpa rumah muslim. Tiada seorang muslim atau ulama mempunyai keberanian untuk mengatakan apa-apa. Semua Muslim mula berdoa kepada ALLAH agar Dia menghentikan ribut petir ini atau menamatkannya. Saya berkata,” Ini semua adalah angkara dajjal. Adalah lebih baik untuk melakukan sesuatu yang praktikal berserta dengan doa.
Saya melihat dajjal, dia melihat ke arah langit dan sedang memikirkan sesuatu. Saya tertanya-tanya, apakah yang dia sedang cari dan tunggu itu? Dajjal tiba-tiba mengangkat tangannya ke langit dan melakukan sesuatu. Saya memutuskan bahawa lebih baik turun ke bawah dan cuba untuk mencegah kejahatan yang lebih lanjut. Ketika itu hujan mula turun mencurah-curah. Semasa dalam perjalanan ke bawah itu, saya melihat siling dipenuhi dengan titisan air. Saya berkata apakah ini? air menitis dari bumbung? Tidak ada kebocoran satu pun di tempat itu.
Kemudian, saya melihat tingkat bawah turut mengalami kebocoran siling yang sama. Saya menjadi terkejut, memikirkan bagaimana mungkin hal ini terjadi. Ini akan memusnahkan rumah kita sepenuhnya. Saya melihat yang lain dan mereka kelihatan sangat bimbang. Kemudian saya kembali ke atas bumbung. Hujan begitu lebat sehingga tiada apa yang dapat dilihat dari jauh. Saya memandang ke arah suatu sudut, dan mendapati bahawa air telah terkumpul di seluruh rumah. Air itu menolak dengan ganas dan saya berasa seperti ia akan memecahkan dinding. Saya melihat pintu utama dan ia tertutup. Saya terkejut setelah melihat kuasa-kuasa dajjal. Saya berkata bahawa saya perlu membuka pintu utama itu supaya air dapat dilepaskan dan tekanan diangkat sebelum dinding menjadi pecah. Saya pergi ke tingkat bawah, dan melihat ramai orang lemas di dalam air. Saya berenang ke pintu utama dan memegangnya. Air itu menolak kembali dengan kuat tetapi saya berjaya membuka pintu itu. Semua air berjaya dialirkan keluar dan kami semua selamat.
Mereka berkata "Qasim jika kamu tidak membuka pintu ini, sudah pasti kami akan mati lemas". Kemudian tiba-tiba, beberapa orang tentera datang dan memberi amaran kepada kami terhadap pihak yang menyerang rumah-rumah kami. Orang ramai menjadi tertekan dengan mengatakan bagaimana satu masalah telah selesai dan sekarang masalah lain pula timbul. Apabila tentera telah pergi, saya memutuskan untuk mengikuti mereka untuk mempertahankan orang yang tidak bersalah. Kemudian saya berhenti, dan menyedari bahawa saya memerlukan peluru untuk bertarung. Selepas mencari di sebuah rumah, Saya mendapat beberapa peluru serta senjata besar dengan teropong dan pakaian seragam di dalam satu bilik. Saya melihat bahawa bahagian belakang rumah sedikit rosak dan terdapat sebuah rumah di sebalik dinding rumah ini. Saya kemudian pulang. Pihak tentera berperang dengan beberapa orang tetapi senjata mereka tidak kuat dan mereka mula kehabisan peluru manakala musuh terlalu kuat. Pihak musuh itu mempunyai kubu yang sangat kukuh manakala pihak tentera kita dalam keadaan serba kekurangan.
Saya bersembunyi dengan baik dan memerhatikan musuh dengan menggunakan teropong. Saya dapat melihat menembusi dinding dengan sangat jelas. Saya mengarahkan sasaran dan mengaktifkan senjata. Ia berjaya menembusi dinding itu dan mengenai musuh. Musuh itu jatuh, dan menjadi tidak sedarkan diri. Saya kagum, memikirkan senjata apakah ini? Saya mengaktifkan senjata beberapa kali dan kesemua musuh pengsan. Tentera juga melihat saya dan terkejut dengan senjata itu. Saya berkata kepada mereka bahawa musuh-musuh ini sangat kuat dan hanya senjata ini dapat menewaskan mereka.
Kemudian kami mara ke sebuah bilik dan terdapat seseorang mengendalikan bangunan itu. Setelah melihatnya, saya mengetahui bahawa dia adalah pembantu dajjal. Saya menangkap orang itu dan berpesan kepada tentera, supaya mengawal dia dengan rapi. Dia tahu di mana ‘pemimpinnya.’ Saya tidak memberitahu tentera bahawa orang tersebut dihantar oleh dajjal . Kemudian kami pulang dan tentera mengatakan bahawa pihak musuh sudah ditangani dan semua orang menjadi gembira.
Mereka berkata,” Qasim telah mengalahkan semua musuh ini ketika kami tidak dapat berbuat apa-apa.” Orang ramai menjadi terkejut dan berkata, “Qasim, bagaimana anda menewaskan musuh? Di manakah anda mendapatkan senjata dan pakaian seragam itu? Adakah anda seorang tentera?” Saya berkata, "Ya, saya ialah seorang tentera ALLAH dan saya mengalahkan musuh dengan bantuan ALLAH SWT”. Kemudian saya terfikir tentang dajjal dan mengatakan bahawa ini hanyalah permulaan. Qasim juga berkata, saya tidak berpeluang untuk melihat berapa banyak kemusnahan akibat ribut petir itu disebabkan oleh hujan lebat .
Mimpi pun berakhir di situ.

Komentar