Saya melihat bahawa kita adalah generasi manusia yang terakhir dan tibalah giliran kita menggunakan kereta untuk sampai ke destinasi kita. Tetapi dengan penuh kekecewaan, kita mendapati bahawa generasi terdahulu telah merosakkan kereta itu dengan teruk.
Segala-galanya telah benar-benar berkarat dan hampir musnah. Kerusi kereta itu seperti sampah dan seluruh enjinnya terbakar. Tayar-tayarnya sudah pancit dan kereta itu tidak dapat dihidupkan sama sekali.
Kemudian saya dan beberapa orang dengan saya mula membetulkan kereta. Di dalam mimpi saya pada bulan Februari ,kami membaiki lebih banyak bahagian dan saya dan orang-orang yang bersama dengan saya melakukan banyak kerja keras. Sebagai contoh dalam satu mimpi kami mengeluarkan enjin bersama dan menggantikannya serta dalam mimpi yang lain, kami menggantikan badan kereta. Di dalam satu mimpi, kami dapat menghidupkan enjin ketika ia rosak teruk. Kami memutuskan untuk memandunya tetapi kemudian kami mendapati bahawa kereta itu tidak mempunyai brek maka kami menghentikan kereta dan melakukan banyak kerja membetulkannya semula.
Pada 11 Februari 2017 saya melihat Muhammad sallallahu alayhi sallam berjalan di sekitar yang berhampiran. Dia kelihatan sangat penat dan bimbang. Ini mendorong kami untuk bekerja lebih keras dan cepat . Akhirnya, kereta itu cukup baik untuk dipandu tetapi ia bergerak sangat perlahan.
Saya pergi memberitahu Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam bahawa kita berjaya membuat kereta berjalan. Namun ia tidak akan bergerak laju. Kemudian Muhammad sallallahu alaihi wasallam menjadi sangat gembira. Apabila Baginda mendekati kereta , Baginda berkata “ Ini adalah kereta lama saya dan sekarang kita boleh memandunya lagi!”.
Di belakang kereta saya adalah Muhammad sallallahu wasallam, seorang wanita dan tiga orang yang lain. Manakala di bahagian hadapan kereta pula terdapat seorang pemandu muda . Saya berkata, “ Kita sedang menuju ke arah nasib kita dengan belas kasihan Allah”.
Komentar