KESABARAN QASIM | Impian Muhammad Qasim



Selama 23 tahun Qasim telah menunggu janji Allah ﷻ.Dia menanggung kesabaran yang paling lama dan kesusahan yang paling sukar.Tetapi seseorang mungkin bertanya mengapa Qasim begitu gigih?
Apakah niatnya dan faedah apa yang dia inginkan?
Saya akan memberitahu anda sebab yang paling besar dalam riwayat ini daripada Muhammad Qasim sendiri.
Qasim berkata “Sepanjang masa saya berkongsi mimpi saya di dalam Facebook.”
"Pada malam pada 10 Februari 2015, saya memutuskan bahawa keesokannya, saya akan memadam semua akaun media sosial saya dan saya akan meninggalkan kerja ini semuanya untuk kesekian kalinya".
"Kemudian pada malam itu Nabi Muhammad ﷺ pun muncul dalam mimpiku"." Nabi Muhammad ﷺ berkata, "Qasim! Janganlah berputus asa dengan rahmat Allah".
"DIA sedang membantu dirimu dan kamu sangat dekat dengan nasibmu!".
"Qasim! tunggulah sedikit lagi . Allah ﷻ ada bersama denganmu!".
Suara dan nada Nabi Muhammad ﷺ itu sangat hiba.Ia seolah-olah seperti Baginda ﷺ akan kehilangan segala-galanya jika saya menghentikan kerja saya.Saya tidak pernah melihatnya bimbang seperti itu sebelum ini.
Sekarang saya mahu anda membayangkan mimpi itu supaya anda memahaminya.
Mengapa Qasim dan mereka yang bersamanya tidak peduli jika seluruh dunia menentang mereka?
Kerana mereka hanya peduli dengan Nabi Muhammad ﷺ yang mereka kasihi.
Apabila mereka mendengar bahawa sosok yang mereka yang kasihi ﷺ sedang sakit dan basah dengan air mata, Wallah (Demi Allah ﷻ) mereka tidak dapat menahan.Hati mereka menangis dan ingin bergegas untuk membantunya.Mereka mahu bersama dengannya pada Hari Penghakiman lebih daripada apa-apa di dunia ini.
Qasim dan orang-orang dengannya tahu bahawa mereka bukan orang - orang yang istimewa.Mereka hanya mahu menjadi sahabat Allah ﷻ dan mereka mengasihi Rasulullah ﷺ di atas semua ciptaan.

Komentar