Assalamualaikum
Di dalam mimpi pada 28 September 2016, saya melihat bahawa Pakistan dan Tentara kita semakin terperangkap dalam kesulitan . Ketua tentera berusaha sebaik mungkin untuk mengeluarkan Pakistan dan Tentera dari kesukaran supaya keamanan dan kebahagiaan terus wujud di Pakistan. Namun, percubaan Ketua tentera tidak berjaya dan sumber-sumber Pakistan dan tentaranya semakin berkurangan . Oleh yang demikian Ketua Tentera menjadi tertekan.
Saya berasa bimbang melihat akan semua ini. Allah datang pada ArashNya dan berkata “Qasim sampaikan perintahKU kepada Ketua Tentera Pakistan bahawa Pakistan ,Ketua Tentera dan tenteranya akan tetap dalam keadaan yang sama sehingga mereka mendengar mimpimu dengan sepenuh perhatian. Qasim, AKU perancang yang terbaik dan AKU akan membuat rancangan untuk kejayaanmu”.
Allah juga menunjukkan kepada saya dalam mimpi ini bahawa apabila Ketua Tentera mengetahui dan mendengar mimpi saya maka selepas itu Nabi Muhammad ﷺ juga akan turut memberi saksi kepadanya bahawa Qasim tidak berbohong kepada sesiapa mengenai mimpinya dan mimpinya itu adalah benar dari Allah. Ia akan berlaku sama seperti yang Allah telah tunjukkan kepada Qasim di dalam mimpinya.
Menurut apa yang Allah telah tunjukkan di dalam mimpi saya, apabila saya memberitahu mimpi penting kepada ketua Tentera Pakistan, dia pun membuat rancangan mereka untuk menyelamatkan Islam dan Pakistan . Kemudian, Allah menyebabkan rancangan itu berjaya dengan bantuanNYA.
Kita berjaya menyelamatkan Pakistan dan Islam dengan bantuan Allah. Di dalam mimpi saya, Allah juga telah menunjukkan perancangan untuk menyelamatkan Islam dan juga Pakistan.
Saya meminta anda semua untuk berkongsi mimpi ini seberapa banyak yang anda boleh sehingga ia dapat sampai kepada Ketua Tentera secepat yang mungkin.
Jazakallahukhayron
Assalamualaikum.
Assalamualaikum.
Komentar