KOTA AJAIB | Impian Muhammad Qasim



Pada 10 Februari 2014, Qasim melihat dirinya melengkapkan perjalanan yang sangat panjang dan melelahkan.
Saya kemudiannya sampai di suatu tempat dimana saya melihat bangunan-bangunan yang tinggi.Saya memanjat sebuah bumbung dan berkata kepada diri sendiri bahawa inilah tempat di mana saya sepatutnya berlari. Selepas itu saya akan berlari di udara dengan rahmat Allah.
Untuk itu saya melihat sekeliling untuk mengetahui sama ada semuanya jelas.
Tetapi apabila saya melihat ke arah langit,saya mendapati bahawa beberapa kuasa telah menyebarkan jaring untuk menghalang sesiapa daripada terbang.
Ini benar-benar mengecewakan saya. Saya berfikir, apa yang perlu saya lakukan sekarang?Jika saya berlari dari tepi bangunan ini maka saya tidak akan dapat terbang.Saya mungkin akan jatuh disebabkan oleh jaring yang dilebarkan di atas.Kemudian saya memberitahu diri saya , “Tidak Qasim”. Allah telah memberitahu saya bahawa DIA akan melindungi saya dan DIA tidak akan membiarkan saya gagal.
Saya tidak mempunyai pilihan lain melainkan untuk membuat lompatan dan meletakkan seluruh kepercayaan saya terhadap Allah. Jika tidak, saya tidak akan berjaya. Untuk itu, saya berserah kepada Allah.
Saya mula berjalan ke arah tepi bangunan itu dan berlari. Setelah itu, saya pun mula terbang ke atas.Kemudian, Allah memusnahkan jaring itu dengan rahmatNya dan saya berjaya melarikan diri dari sana dengan mudah.
Saya melihat orang-orang di bawah kelihatan sangat sibuk dengan pekerjaan mereka.Namun, beberapa orang melihat saya dan berkata “ Lihat, Qasim terbang di udara!”. Sebilangan daripada mereka pula berkata bahawa kemana sahaja dia pergi,itulah tempat yang mengandungi rahmat dan kasih sayang Allah.Kemudian seseorang berkata lagi, “Mari! Mari kita ikuti dia”.Setelah itu, orang-orang itupun meninggalkan rumah dan pekerjaan dambaan mereka. Mereka berlari ke arah sama yang saya tujui.
Saya terbang jauh dan kemudian sampai ke tempat di mana terdapat sebuah bandar yang sangat cantik.Ia sangat maju dan direka dengan begitu bijak.
Kota itu mempunyai seni bina yang indah yang saya tidak pernah lihat sebelumnya.
Terdapat bangunan dan rumah yang cantik dan jalan-jalan yang luar biasa.
Bandar ini dihiasi dengan warna-warna yang menakjubkan. Bahkan bangunannya pula sangat bersih.Tiada kata-kata yang dapat menjelaskan kecantikan kota itu.Ianya tidak terbayang difikiran seolah-olah ia seperti sebuah kota yang ajaib.
Kemudian saya berfikir siapakah orang-orang ini yang Allah jadikan mereka berjaya membina kota tersebut dan alangkah bijaknya mereka?
Serentak dengan itu Allah berkata dari langit, “Qasim, kota ini akan dibina oleh engkau dan orang-orang yang bersama denganmu, dengan RahmatKu dan BantuanKu.
Mimpi itupun berakhir di situ.

Komentar