MARILAH KITA MENJADI ORANG YANG DIPILIH ALLAH SWT | Impian Muhammad Qasim



As-salamu alaikum
Menurut mimpi Qasim, para pendukungnya digambarkan sebagai orang yang paling mengagumkan dan pahlawan yang sebenar. Di dalam banyak mimpinya, dia melihat para sahabatnya sebagai orang yang memancarkan cahaya dan dia melihat bagaimana Muhammad sallallahu alaihi wasallam sangat gembira dengan mereka.
Dia membawa kertas emas dengan nama dan perbuatan mereka di dadanya yang diberkati di mana-mana sahaja dia pergi.
Saya ingin berkongsi sebuah mimpi Qasim dengan anda.
Saya berjalan di suatu tempat dan saya tahu destinasi yang ingin saya tuju ialah zaman keamanan. Seseorang berjumpa dengan saya dan kami menuju ke destinasi yang sama tetapi dia telah mengikuti jalan yang salah.
Saya tidak mengatakan apa-apa kepadanya atau memaksanya tetapi saya membayangkan kepadanya bahawa dia telah melalui jalan yang salah .
Dia menyedari tepat pada masanya dan memilih jalan yang betul dan bekerja seperti percikan api. Dia mengumpul beberapa orang dan pada satu ketika mereka menunggu untuk berjumpa dengan saya.
Mereka mengetahui nama saya dan ke mana saya pergi, dan ianya mengejutkan saya. Saya berfikir di manakah saya bertemu dengan mereka sebelum ini? Allah memberitahu saya, ini kerana saya berkongsi semua mimpi asas saya maka mereka pun mengenali saya. Mereka ialah orang-orang yang hebat, menyenangkan dan baik.
Mereka bertanya kepada saya, “Qasim ke mana anda hendak pergi?” Apabila mereka mengetahui bahawa saya menuju ke tanah yang aman , mereka mula mengikuti saya dan bahkan mereka berjalan lebih cepat daripada saya.
Kemudian Allah memberikan kita kereta dan kita bergerak lebih cepat. Pada suatu masa, seseorang telah mengumpulkan lebih ramai orang dan kemudian seluruh dunia melihat usaha kita.
Saya benar-benar berharap bahawa salah seorang daripada anda mungkin orang itu. Sekarang Allah telah mengumpulkan beberapa hati kita dalam perpaduan . Mereka adalah orang yang benar-benar mengagumkan. Mereka sangat ikhlas kepada Allah dan mereka mempunyai taqwa dan takut akan ketidakjujuran.
Mereka adalah orang-orang yang merindui keamanan, perpaduan, kasih sayang, kelembutan dan rahmat Allah.
Kita semua dari seluruh dunia dan kita saling mengasihi antara satu sama lain seperti sebuah keluarga kerana ia akan menyenangkan Allah.
Kami membuat doa yang tetap untuk anda dan doa yang istimewa untuk satu sama yang lain.Kita tidak pernah meminta kepada Allah untuk diri kita sendiri.
Apabila salah seorang daripada kita menghadapi kesusahan kita saling menyokong antara satu sama yang lain dan kita tidak pernah menghadapi kesukaran seorang diri .
Kami melalui banyak kesulitan dan ujian bersama. Ini adalah orang-orang yang mencintai Allah dan utusannya Sallallahu Alaihi Wasallam melebihi diri mereka sendiri.
Mereka tidak sanggup melihat Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dalam kesusahan di dalam mimpi Qasim. Mereka hanya mahu dunia menjadi damai dengan tiada lagi perkelahian dan mereka juga mempunyai mimpi Ilahi yang mengagumkan yang sejajar dengan mimpi Qasim.
Dengan cara itulah sesetengah daripada kami memilih untuk percaya kepada mimpi Qasim.Selebihnya kita diberkati dengan mimpi Ilahi setelah kita mula menyokong Qasim.
Seperti diri saya sendiri, saya akan menamatkan video ini dengan salah satu daripada mimpi-mimpi saya.
Suatu suara memberitahu saya dua perkara dan kemudian saya segera terjaga. Dikatakan kepada saya bahawa mereka itu adalah orang-orang yang terpilih.

Komentar