Mereka yang Tertinggal dan Tanah yang Damai | Impian Muhammad Qasim



Pada tahun 2015, Muhammad Qasim Melihat sebuah mimpi. Di dalam mimpi ini terdapat kegelapan dan kemusnahan di mana-mana.Ia seolah-olah negara jahat menjatuhkan sebuah bom nuklear.
Saya dan beberapa orang lain ingin melarikan diri dari situ.
Saya mempunyai beberapa jenis mesin terbang dan terdapat gas di dalamnya.
Semua orang masuk ke dalam tetapi saya masih berada di luar kerana gas tidak terbakar.
Saya berfikir mungkin enjin itu tidak berfungsi. Saya pun melakukan sesuatu dan percikan muncul tetapi ia sangat kecil.Selepas kira-kira lima(5) atau enam(6) percikan api, akhirnya gas itu terbakar.
Saya berasa tidak sihat kerana radiasi bom nuklear.
Saya hampir tidak boleh bernafas dan sukar untuk saya bertahan di luar.Kemudian, saya menyertai yang lain dan mesin mula terbang.Tetapi ia tidak terbang dengan betul dan pada satu ketika, mesin itu hampir terhempas.Namun Allah menyelamatkannya pada hampir saat yang terakhir.
Setelah itu, ia mula terbang dengan betul dan mara ke hadapan dengan penuh kelajuan.
Akhirnya, kita keluar dari kegelapan itu dan melihat matahari terbit.
Sebilangan orang di tanah melihat mesin kami dan berkata “Lihat! Ke mana orang-orang ini pergi?”
Salah seorang daripada mereka berkata “ Mereka pasti pergi ke tempat yang aman”. Kemudian mereka semua berseru dan berkata “Ambil kami bersama denganmu! Kami juga ingin keluar dari kegelapan ini dan sampai ke tanah yang damai”.Tetapi mesin itu terbang dengan kelajuan yang penuh dan tidak berhenti untuk sesiapa. Ia hanya menempatkan orang-orang yang duduk di dalam ketika ia hendak terbang.Selebihnya, orang-orang itu terpaksa berjalan atau berlari mengikuti kami dalam apa cara sekalipun untuk sampai ke tanah yang aman.
Kemudian, saya sangat merasakan rahmat Allah turun ke Bumi dan mengelilingi mesin kami. Ia menjadikan mesin kami terbang jauh lebih tinggi dan cepat.
Allah melindungi mesin kami supaya kami terbang ke hadapan dengan kelajuan yang penuh dan orang ramai pula mengejar kami dan mimpi itupun berakhir di situ .

Komentar