Pada 23 Februari 2016, Allah memerintahkan saya untuk melakukan kerja di dalam mimpi dan saya akur pada perintah itu.
Sesetengah orang mengatakan kepada saya, “Kamu menyesatkan orang dengan menggunakan nama Allah dan Rasul-Nya”. Sementara yang lain pula mengatakan,”Kamu sendiri yang menuliskan mimpi-mimpi ini dan kamu cuba kelihatan kepada orang ramai bahawa kamu adalah Imam Mahdi. Manakala beberapa orang lagi mengatakan bahawa saya adalah seorang penipu.
Hari ini saya akan menjawab soalan-soalan ini.
Saya tidak menggunakan nama Allah dan Rasul-Nya untuk menyesatkan manusia dan saya tidak menuliskan mimpi-mimpi ini sendiri. Saya juga tidak pernah mendakwa bahawa saya akan menjadi Imam Mahdi.
Saya bukan seorang utusan bahkan saya juga bukan seorang ulama. Saya hanya seorang lelaki yang biasa dan saya tidak meminta apa-apa ganjaran daripada sesiapa. Muhammad s.a.w adalah Nabi terakhir Allah dan rahmat Allah adalah untuk semua orang. Saya hanya mahu menjadi sahabat Allah, itu sahaja dan sekarang ia sepatutnya sudah jelas.
Mimpi-mimpi ini adalah berasal dari Allah dan saya telah berusaha sebaik-baiknya untuk menceritakannya tepat seperti yang telah saya saksikan. Hanya Allahlah yang dapat mengubah mimpi-mimpi ini menjadi realiti . Saya hanya meminta bantuan daripada Allah dan hanya Allah Penolong saya.
Saya tidak pernah memaksa sesiapa untuk mempercayai mimpi-mimpi ini kerana setiap orang berhak untuk mempercayainya atau tidak. Allah dan Muhammad s.a.w telah memberitahu saya untuk berkongsi mimpi-mimpi ini jadi itulah yang saya lakukan.
Allah juga mengatakan kepada saya ,”Qasim jika ada yang memanggil engkau seorang penipu, maka beritahu dia bahawa engkau datang dan aku juga akan datang . Kemudian kita berdua akan menghantar kutukan Allah kepada pendusta”.
Sesiapa yang menggunakan nama Allah dan Muhammad s.a.w untuk menyesatkan manusia, maka dia harus kekal di neraka selama-lamanya. Sesungguhnya kutukan Allah adalah keatas orang-orang yang berdusta .
Komentar