Qasim berkata kesemua mimpi-mimpi saya adalah sangat jelas seolah-olah ia berlaku di alam nyata. Tetapi kemudiannya apabila saya terjaga , saya menyedari bahawa ini semua hanyalah mimpi yang indah.
Setiap kali saya bermimpikan Allah SWT dan Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam , saya berharap saya dapat melihat mimpi seperti itu sepanjang masa.
Warna-warna yang pernah saya lihat dalam mimpi itu, tidak pernah saya lihat di alam nyata.Saya menilainya 10 daripada 10 dan shaitan tidak boleh meniru Kebesaran dan Keagungan Allah SWT juga wajah PesuruhNya, Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam.

Allah SWT yang Maha Kuasa , satu-satunya yang sering muncul dalam mimpiku.
Saya tidak pernah melihat Allah SWT dengan mataku dalam mimpiku.Saya hanya merasakan bahawa Allah SWT berada di Arash yang agung dan saya mendengar suaraNya dari belakang tabir.SuaraNya itu kadangkala turun dari luar langit atau saya akan melihat cahaya yang sangat luar biasa dan terkadang suara yang luar biasa datang dari cahaya yang menakjubkan.Setiap kali saya melihat cahaya Allah SWT, mata saya menjadi terpaku.Ia sukar untuk dijelaskan.

Saya tidak bermaksud mengatakan bahawa cahaya ini adalah Allah SWT tetapi sebaliknya cahaya Allah SWTadalah sangat luar biasa berbanding dengan cahaya yang diciptakan Allah SWT. Allah SWT jauh dari segalanya untuk dikelaskan sebagai cahaya dan dia adalah Pencipta cahaya.Malah suara Allah SWT juga sangat menakjubkan.Ia dipenuhi dengan begitu banyak belas Rahmat dan Kesucian yang jauh melebihi gambaran kata-kata.Juga suara Allah SWT dalam mimpi saya jauh lebih tinggi mengatasi mana-mana manusia dan suara itu tiada sebarang kelemahan seperti kehabisan nafas semasa bercakap.Dalam setiap mimpi, saya merasakan bahawa Allah SWT sangat dekat dengan saya, lebih dekat daripada bahagian hadapan otak dan urat leher saya.
Allah SWT tidak pernah bercakap kuat dengan saya dan DIA juga tidak pernah mengangkat suaraNYA semasa marah atau bercakap dengan saya dalam keadaan marah.Allah SWT sentiasa bercakap dengan saya dengan nada yang sangat lembut dan tenang walaupun saya melakukan dosa yang tidak terkira setiap hari.
Allah SWT dan Muhammad sallallahu alaihi wasallam tidak pernah memaksa saya untuk mengikuti ajaran mereka dan oleh sebab itulah saya mencintai Allah SWT dan Muhammad sallallahu alaihi wasallam lebih daripada segalanya.
Allah SWT dan Muhammad sallallahu alaihi wasallam bercakap dengan saya dalam bahasa Urdu dan itulah bahasa utama saya.
Saya bersaksi bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah SWT dan Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam adalah Rasul dan utusan terakhirNya.
Saya hanyalah salah orang dari umat Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam dan saya bersaksi bahawa kutukan Allah SWT ke atas pendusta.
Komentar