As-salamualaikum. Nama saya Muhammad Qasim dan saya berasal dari Pakistan. Allah dan Nabi Muhammad ﷺ memberitahu saya di dalam mimpi supaya berkongsi mimpi saya dengan orang lain dan itulah yang saya lakukan. Jadi janganlah salahkan saya. Rahmat Allah adalah untuk semua orang dan segalanya. Saya hanya mahu menjadi sahabat Allah dan tidak lebih dari itu. Hanya Allah penolong saya.
Saya telah melihat mimpi seperti itu selama lebih daripada 27 tahun yang lalu. Allah datang ke mimpi saya lebih daripada 500 kali dan Nabi Muhammad ﷺ lebih daripada 280 kali.
Saya berumur 12 atau 13 tahun ketika Allah dan Nabi Muhammad ﷺ datang dalam mimpiku untuk pertama kali. Selepas itu, pada tahun 1993 ketika saya berumur 17 tahun, Allah dan Nabi Muhammad ﷺ mula datang secara teratur dan terus menerus ke dalam mimpi saya dan sejak itu Allah dan Nabi Muhammad s.a.w sentiasa hadir ke dalam mimpi saya.
Nabi Muhammad ﷺ adalah Rasul terakhir dan Nabi Allah manakala saya ialah umat Nabi Muhammad ﷺ dan saya berbangga bahawa saya adalah umatnya.
Dalam sebuah mimpi, Allah memberitahu saya, “ Qasim, AKU akan mempertahankan dan menyelamatkan Pakistan".Dalam mimpiku Allah dan Muhammad s.a.w membimbing saya ke jalan yang lurus. Sejak tahun 2007, Allah dan Muhammad s.a.w mula mengajar saya tentang perkara-perkara yang harus saya lakukan dan perkara-perkara yang harus saya hindari. Allah dan Muhamad s.a.w kebanyakannya memberitahu saya untuk mengelakkan semua jenis dan segala bentuk syirik dan bagaimana menjadi manusia yang baik.
Pada April 2014, Allah dan Muhammad ﷺ mulai memberitahu saya di dalam mimpi supaya berkongsi mimpi-mimpi itu dengan semua orang. Kemudian saya mula berkongsi mimpi saya dengan ahli keluarga, rakan dan beberapa orang yang lain. Saya turut berkongsi mimpi saya melalui emel ke laman rasmi Tentera Darat Pakistan, laman web kerajaan Pakistan, orang yang terkenal dan dengan banyak laman web rasmi negara Islam yang lain. Namun seolah-olah tiada siapa yang mempercayai saya dan mimpi saya dan mereka semua mengabaikan saya. Selepas itu saya berhenti berkongsi mimpi saya.
Pada bulan Disember 2014, Muhammad ﷺ datang sebanyak dua kali dalam mimpi saya dalam satu malam. Baginda ﷺ memberitahu saya "Qasim, engkau perlu berkongsi mimpi ini kepada semua orang untuk menyelamatkan Pakistan dan menyelamatkan Islam”. Saya menjadi bingung dan saya berkata kepada diri saya bahawa saya telah berkongsi mimpi-mimpi ini dengan ramai orang namun mereka tidak percaya kepada saya, jadi apa lagi yang perlu saya lakukan? Kemudian Sekolah Peshawar diserang dan saya berfikir akannya dan memutuskan untuk berkongsi mimpi saya di internet.
Biar saya jelaskan bahawa saya hanyalah orang biasa dan bukan seorang yang tahu agama. Saya bercukur rapi, saya tidak biasa bersolat secara tetap dan saya tidak solat tahajjud. Saya hanya mengatakan kebenaran dan saya tidak berbohong.
Pada tahun 1994, Allah memberitahu saya dari langit dan saya masih ingat akan kata-kataNya "Qasim, janji-janji yang telah AKU buat kepadamu, akan AKU tunaikan dan jika AKU gagal memenuhi janjiKU maka AKU bukan Raja semesta alam ".
Semenjak hari itu, saya telah menunggu Allah bahawa bilakah masa janjinya tiba dan bilakah kesabaran saya akan berakhir? Saya tidak berputus asa dari rahmat Allah dan setiap kali saya mula kehilangan harapan , maka Allah atau Muhammad ﷺ akan datang ke dalam mimpi saya dan mengatakan ,” Qasim! Janganlah berputus asa dari rahmat Allah” , dan “Qasim bersabarlah! , Allah tidak akan mensia-siakan ganjaran mereka yang bersabar. Allah adalah Pengurus Yang Terbaik”. Allah SWT dan Nabi Muhammad ﷺ memotivasikan saya dengan kata-kata seperti itu dan saya menjadi bersemangat kembali.
Pada bulan Januari 2014, Allah memberitahu saya , “Qasim, AKU telah menguji engkau selama 20 tahun. AKU ingin melihat sama ada engkau dari kalangan orang-orang yang berputus asa dari rahmatKU atau tidak”.
Saya melihat mimpi ini pada musim panas pada tahun 2003, Allah berfirman "Qasim selagi masa janjiKU belum tiba, jika engkau mencelup tanganmu ke dalam emas maka ia akan menjadi debu tetapi apabila janjiKU telah sampai dan setelah itu, jika engkau mencelup tanganmu ke dalam debu maka akan menjadi emas dengan perintahKU!".
Saya tidak melihat Allah di dalam mimpi-mimpi saya dan saya hanya merasakan bahawa Allah berada di Arash-Al-Azeem dan suaraNya turun dari sana atau saya melihat Nur dan suara datang dari Nur itu , atau Allah bercakap dengan saya dari langit. Dalam setiap mimpi, saya berasa bahawa Allah lebih dekat dengan urat leher saya. Saya juga tidak melihat wajah Nabi Muhammad ﷺ tetapi saya dapat melihat batang tubuhnya.
Dalam satu mimpi saya memeluk Nabi Muhammad ﷺ dan seluruh tubuh saya menyaksikan bahawa saya memeluk Baginda ﷺ. Saya sering berjabat tangan dengan Nabi Muhammad ﷺ di dalam mimpi saya dan tangan saya juga menyaksikan bahawa saya berjabat tangan dengannya.
Dalam sebuah mimpi pada bulan September 2015, pertama kali dalam hidup saya, saya melihat ke dalam mata Nabi Muhammad ﷺ. Apabila mataku melihat mata Baginda ﷺ, ia menjadi pegun dan saya tidak dapat memandang ke arah yang lain. Saya merasakan seolah-olah mata Baginda ﷺ telah Allah penuhi dengan semua Nur-Nya. Ia merupakan saat yang sangat mengkagumkan bagi saya.
Saya telah melihat banyak nabi dan rasul dalam mimpi-mimpi saya tetapi saya hanya memandang wajah Nabi Sulaiman a.s . Selain itu,saya juga telah melihat Nabi Isa a.s dalam mimpi saya berkali-kali.
Dalam beberapa mimpi, saya melihat apabila seluruh dunia menjadi damai, Dajjal datang dari suatu tempat dan cuba untuk menghancurkan keamanan dunia.
Dalam satu mimpi, saya melihat Nabi Isa a.s datang dari langit, dan Yakjuj dan Makjuj keluar dan mereka menyebar ke seluruh bumi. Saya dengan sangat sedikit orang menyertai Nabi Isa a.s dan kami tinggal dengannya.
Pada tahun 1993, saat mimpi bermula, saya membuat buku nota dan saya sering mencatat mimpi-mimpi saya ke dalam buku itu dan perkara seperti berapa kali saya melihat Allah SWT dan Rasulullah ﷺ dalam mimpiku. Walaubagimanapun beberapa tahun yang lalu, saya telah kehilangan buku nota tersebut semasa berpindah. Jumlah mimpi saya ialah melebihi 800 dan saya masih ingat kebanyakan mimpi-mimpi itu.
Banyak tahun yang lalu dalam satu mimpi, Allah memberitahu saya, “ Qasim sebelum tidur bacalah Surah-Ikhlas, Surah-Falaq dan Surah-Naas, dan kemudian tidur supaya Syaitan menjauhkan diri darimu. Justeru, saya telah mengamalkannya sejak bertahun-tahun yang lalu.
Allah memberitahu saya dalam banyak mimpi, “ Qasim, satu hari AKU akan menolongmu dan memberimu kejayaan. Seluruh dunia akan melihat kejayaanmu itu”. Namun Allah tidak memberitahu saya bilakah masa itu akan datang dan saya telah menunggu lebih daripada 22 tahun yang lalu.
Ia telah menjadi perjalanan yang panjang bagi saya dan saya masih menunggu Allah SWT. Saya tidak kehilangan harapan sejak dari 22 tahun yang lalu dan saya tidak tahu bila atau bagaimana saya akan mencapai takdir saya. Saya juga tidak mengetahui apakah takdir saya.
Hanya Allah yang Maha Mengetahui.
Komentar