Pangkat Kerohanian Nabi Muhammad ﷺ dan Umat Islam | Impian Muhammad Qasim



Pada tahun 2009, Muhammad Qasim bermimpi. Di dalam mimpi tersebut, ia adalah pada waktu senja yang gelap dan saya sedang duduk di dalam rumahku. Kemudian, tiba-tiba, suatu cahaya yang terang masuk (ke dalam rumah) melalui tingkap. Saya berlari keluar dengan penuh rasa ingin tahu dan apa yang saya lihat adalah sesuatu yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Saya melihat istana-istana yang indah terapung di atas langit, bersinar seperti bintang-bintang. Istana-istana lutsinar ini seolah-olah seperti kristal dan bergerak dalam satu arah. Di antara kelompok istana tersebut, terdapat sebuah istana yang sangat mengagumkan dan kelihatan megah. Istana ini tersangat besar, sangat tinggi dan lebar berbanding istana-istana yang lain. Mata saya terpesona melihat istana tersebut dan saya tidak dapat melepaskan pandangan daripadanya. Keindahannya sangat memukau dan ketinggiannya tidak terukur jauh di atas langit dan had penglihatan saya. Istana ini mendahului istana-istana lain. Pada istana tersebut tertulis nama Nabi Muhammad ﷺ.
Di dalam mimpi itu, saya kuat merasakan bahawa istana-istana ini adalah Pangkat Kerohanian Nabi Muhammad ﷺ. Dan pada setiap istana, Pangkat Kerohanian juga tertulis. Selepas melihat Istana Nabi Muhammad ﷺ yang cantik dan menakjubkan ini, saya berasa sangat gembira. Saya bersyukur kepada ALLAH S.W.T kerana saya merupakan umat Nabi Muhammad ﷺ yang mana memiliki pangkat kerohanian yang terbesar di sisi ALLAH S.W.T. Pangkat kerohanian yang tertulis pada istana Nabi Muhammad ﷺ adalah 99,000. Ini adalah yang tertinggi di sisi ALLAH S.W.T. Istana kerohanian yang kedua terbesar dan tercantik adalah istana Nabi Ibrahim A.S. Kemudian, diikuti pangkat kerohanian para Nabi A.S lain. Saya tidak melihat Pangkat Kerohanian para Nabi A.S lebih rendah daripada 12,000. Kesemua istana para Nabi A.S yang cantik ini bersinar ibarat bintang-bintang. Tidak ada perkataan yang dapat menggambarkan betapa takjubnya (pemandangan tersebut).
Dan tidak lama selepas itu, kesemua istana-istana tersebut berlalu pergi sehingga tidak kelihatan lagi oleh saya. Daripada apa yang telah saya lihat di dalam mimpi-mimpi saya yang lain, Pangkat Kerohanian para sahabat besar R.A adalah daripada 8,000 ke 10,000. Tidak ada sesiapa pun yang dapat sampai kepada Pangkat Kerohanian para Nabi-nabi A.S. Dan tiada sesiapa pun yang dapat sampai kepada Pangkat Kerohanian para sahabat besar R.A. Pangkat kerohanian umat Islam yang biasa bermula daripada ‘200’. Hanya ALLAH S.W.T yang Maha Mengetahui segala-galanya.

Komentar