Saya melihat bagaimana saya telah mengedarkan makanan kepada orang lain.Saya selesai mengedarkan makanan kepada semua orang dan mereka mempunyai makanan yang cukup untuk kegunaan diri sendiri.
Apabila saya melihat berapa banyakkah makanan yang masih tinggal, ternyata masih banyak yang berbaki.
Selepas itu Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam memberitahu saya supaya mengedarkan lebih banyak lagi makanan.
Saya memandang sekeliling , semua orang kelihatan puas dan kekenyangan. Kemudian saya mula mengedarkan lebih banyak makanan dan orang ramai terkejut melihat saya . Mereka memberitahu saya “ Qasim, kami telah puas makan dan perut kami sudah penuh”.
Saya terus mengedarkan dan saya melihat saya masih mempunyai lebihan makanan.Kemudian saya mula berfikir sama ada saya perlu menyimpan lebihan makanan itu untuk diri sendiri atau tidak.Namun saya terfikir tentang sesuatu yang membuat saya berasa bersalah.
Saya berfikir bagaimana jika Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam muncul dalam mimpi orang lain dan berkata “ Pergilah beritahu Qasim yang Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam menyuruhnya supaya mengedarkan lebih banyak makanan!”.
Saya tidak pernah mahu suatu keadaan dimana Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam mula menghantar mesej kepada orang lain hanya untuk meyakinkan saya pada masa yang akan datang. Ini pastinya akan membuat saya merasa sangat buruk jadi saya mula mengedarkan lebih banyak makanan sehingga akhirnya orang ramai akan menolak.
Dan mimpi itupun berakhir di situ.
Komentar