Pidato Erdogan | Impian Muhammad Qasim



Saya (Muhammad Qasim) melihat Erdogan (Presiden Turki) di dalam mimpi (hidayah atas rahmat Allah) pada 28 Februari 2017 yang lalu. Presiden negara Turki tersebut sedang berpidato di depan khalayak ramai. Erdogan berkata “Wahai rakyat Turki! Kita akan membangunkan Kesultanan Ottoman sekali lagi, dan semua (daerah) dibawah kekuasaan saya, akan menjadi sebahagian daripadanya. Kita akan mendapatkan kembali status-status umat Islam yang hilang.”
Selepas selesai berpidato, Erdogan kembali duduk dikerusinya. Dia tersenyum dengan penuh bangga. Kemudian, saya melihat orang-orang besar dari pihak musuh menjadi marah apabila mereka melihat pidato tersebut. Mereka berkata, “Lelaki ini sangat berbahaya. Setelah memperolehi kuasa sebesar ini, dia mampu untuk melakukan apa sahaja. Rancangan-rancangan beliau juga berbahaya. Jika dia ingin menjadi seperti Kesultanan Ottoman, maka dia lebih berbahaya lagi.”
Seorang yang lain diantara mereka berkata, “Dia perlu DIHAPUSKAN walau dengan apa cara sekali pun. Dia telah memulakan misinya dan sedang menakluk Syria.” Seorang lagi berkata, “Dia mungkin menjadi pemimpin yang sangat kuat dikalangan orang-orang Islam. Tidak kira apa yang akan terjadi, kita mesti menghalangnya daripada mendapat lebih banyak kuasa. Jika tidak, ini akan menjadi masalah besar kepada kita. Kita perlu membuka jalan untuk Al-Masih Ad-Dajjal (laknatullah)”

Komentar