Perang Dunia Ketiga usai Kejatuhan Turki | Impian Muhammad Qasim



Dalam mimpi pada tarikh 3 Mac 2017 Muhammad Qasim melihat kejatuhan Turki dan kemusnahan ada di mana-mana sahaja. Setelah peristiwa ini terjadi, Israel menjadi sangat aktif. Mereka meningkatkan operasi mereka di sekitar Palestin dan mereka juga membina sebuah kubu untuk dajjal. Umat Islam tidak dapat berbuat apa-apa selain dari membantah.
Kemudian Israel membentuk pakatan dengan negara-negara lain dan menyebarkan kerosakan. Amerika Syarikat adalah antara penyokong mereka dan membantu Israel dengan menawarkan kepakaran mereka. Apabila Rusia mengetahui tentang perkara ini,mereka segera membentuk pakatan dengan negara-negara yang berdekatan. Rusia juga menjadi aktif dan berlumba-lumba dengan yang lain dalam menawan negara di Timur Tengah. Mereka semua bertujuan seolah-olah mahu menakluk seluruh dunia.
Setelah itu Amerika Syarikat secara terbuka terlibat di Timur Tengah. Mereka bertemu dengan Israel dan sekutu yang lain. Kemudian mereka bersama-sama menentang kumpulan-kumpulan Rusia.Ini menyebabkan Rusia dan sekutunya bertempur.Oleh yang demikian Perang Dunia 3 pun bermula dan medan perang ialah di negara-negara Timur Tengah.
Justeru, kemusnahan yang paling teruk berlaku di Timur Tengah dimana sejumlah besar umat Islam dibantai.Peperangan itu menjadi begitu ganas dan menakutkan sehingga orang Islam tidak dapat menandingi mereka bahkan tiada sesiapapun berani menolong mereka.
Penularan darah perlahan-lahan menyebar ke seluruh negara seperti Mesir, Sudan, Arab Saudi, Kuwait, UAE dan hampir setiap bahagian Timur Tengah.
Pasukan Israel sentiasa mendapat lebih banyak sekutu malahan beberapa negara Muslim juga menjadi sekutu dengan Amerika Syarikat atau Rusia.Kedua-dua kuasa besar ini mahu menakluk kebanyakan tanah dan mana-mana daerah yang mereka capai, mereka memegang dengan kuat.
Mereka juga terus bertarung antara satu sama lain sambil membunuh orang Islam.
Di sisi lain, Pakistan menjadi semakin kuat dan mula berkembang.Tetapi India yang bersekutu dengan Israel mula menyerang Pakistan. Bahkan Amerika Syarikat ,Israel dan juga banyak negara Timur Tengah yang lain membantu India melawan Pakistan. Mereka semua bertujuan untuk memusnahkan Pakistan sepenuhnya. Oleh itu Pakistan mempunyai sejumlah musuh yang besar.
Allah melindungi Pakistan dengan sekitar 3000 jet pejuang hitam. Kemudian perang melawan Pakistan pun bermula. Namun, dengan pertolongan Allah, Pakistan menang ke atas musuhnya.
Pakistan menakluki seluruh India ,Bangladesh dan Afghanistan. Sebaik sahaja Pakistan mengisytiharkan kemenangan ke atas India, Indonesia dan Malaysia juga menjadi sekutu Pakistan. Pakistan pun terjun ke Timur Tengah dengan kehendak Allah. Mereka memerangi kedua-dua kuasa besar itu dengan menggunakan jet pejuang hitam yang kuat. Pakistan menyerang sedemikian rupa sehingga tidak ada sesiapa dapat menghentikannya. Selepas mengalahkan kedua-dua kuasa besar itu, Pakistan menjadi kuasa besar dan memencilkan diri dari dunia. Pakistan menguasai semula negara-negara Timur Tengah dan Arab.
Kesemua kawasan ini menjadi sebahagian daripada Pakistan dan mereka mula membina semula kawasan tersebut. Setelah itu, Islam yang sejati milik Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam mulai didirikan di semua daerah tersebut.
Akhirnya keamanan tiba setelah perang yang paling besar dalam sejarah manusia itu berakhir .

Komentar