Assalamualaikum
Pada 9 Oktober 2015, Nabi Muhammad ﷺ datang dalam mimpi saya sebanyak tiga kali dalam satu malam. Suatu kali saya melihat bahawa Nabi Muhammad ﷺ khawatir dan berjalan di sana sini dalam keadaan cemas. Baginda Nabi Muhammad ﷺ memberitahu saya dengan penuh semangat , “Qasim sampaikan mesej ini kepada seluruh Ummah dan pesan-pesan itu adalah:
Nabi Muhammad ﷺ berkata "Qasim siapa yang berdiri denganmu adalah seperti orang yang berdiri bersamaku dan sesiapa yang menyokong kamu adalah seperti orang yang menyokong aku dan dia juga akan bersamaku pada hari kiamat." Manakala dua mimpi yang lain juga sama seperti yang saya lihat pada 30 Sep 2015. Ini adalah mimpi itu:-
Dalam mimpi itu , ia adalah waktu siang dan Allah (Allah ada di atas ARASH), Nabi Muhammad ﷺ dan saya berada di suatu tempat. Saya berada di dalam kebingungan dan Nabi Muhammad ﷺ bertanya kepada saya alasan apa saya begitu? . Saya berkata kepada Baginda ﷺ bahawa tugas ini terlalu sukar. Sehingga kini hanya sebilangan kecil orang yang percaya kepada saya dan mimpi saya, dan ada beberapa orang lain yang sedang menunggu untuk melihat apakah mimpi saya menjadi kenyataan atau tidak dan Allah tahu sama ada dia mengatakan kebenaran atau bukan . Manakala semua yang lain memikirkan saya sebagai seorang gila dan menyokongnya adalah berdosa.
Apabila mendengar ini Nabi Muhammad ﷺ menjadi cemas dan sedikit marah . Baginda ﷺ datang ke arah saya dengan tergesa-gesa dan bersabda:
"Qasim sampaikan mesej saya kepada seluruh umat saya bahawa sesiapa yang menyokong kamu dan berdiri dengan kamu adalah seperti orang yang berdiri dengan saya dan menyokong saya. Ini adalah Islam saya. Oleh kerana kamu melakukan segala-galanya kerana Allah dan saya perintahkan demikian, Allah akan memberi mereka pahala yang berganda. Sesiapa yang menyokong kamu, Allah sendiri akan menulis nama mereka pada kertas emas dengan tulisan emas, dan anakku, Allah tidak membazirkan balasan orang-orang yang berbuat kebaikan”.
Saya tidak peduli sama ada orang percaya kepada saya atau tidak, ia tidak menjejaskan saya dan saya tidak meminta sebarang ganjaran daripada sesiapa. Nabi Muhammad ﷺ memerintahkan saya untuk menyampaikan pesanan ini maka saya bertindak atas perintah Baginda ﷺ.
Jazakumullahukhayran . Assalamualaikum
Komentar