RODA KEEMASAN | Impian Muhammad Qasim



Pada tanggal 9 Februari 2018, saya mendapat sebuah mimpi.
Dalam mimpi ini, saya melalui sebuah tempat.
Dalam perjalanan, saya melihat tanah yang mempunyai beberapa helai rumput yang tumbuh di atasnya.Saya berasa pada tanah ini terdapat emas, permata dan logam berharga yang lain.
Apabila saya menggali tanah itu, saya menemui sebuah batu berbentuk seperti objek. Saya mengeluarkan kotoran daripadanya dan saya mendapati bahawa ia adalah emas.
Saya menjadi sangat gembira dan terus menggali tanah itu . Saya menjumpai emas, permata dan logam berharga yang lain.Saya menjadi sangat teruja dan mengatakan bahawa saya akan membuat mesin seperti yang saya lihat di dalam mimpi dengan bantuan Allah ﷻ
Saya meletakkan semua logam-logam itu di dalam beg . Kemudian membimbitnya dan berjalan ke hadapan.
Sekarang, saya perlu mencari tempat di mana saya boleh mencairkan emas dan logam lain untuk membuat mesin itu.
Saya terus berjalan dan kemudian saya melihat sebuah bangunan di sebelah kanan saya.Saya berkata "Saya mungkin dapat mencari beberapa relau besi di sana di mana saya akan dapat membuat mesin itu ".
Apabila saya memasuki bangunan tersebut, saya merasakan ia berada di bawah kawalan beberapa kuasa syaitan.Saya menjadi takut apabila memikirkan hal ini. Saya berkata "Jika seseorang melihat saya, mereka akan menangkap saya". Tetapi saya perlu masuk ke dalam bangunan itu dan tidak mempunyai pilihan lain.
Saya berkata lagi "Apabila Nabi Muhammad ﷺ berpindah dari Mekah, orang-orang yang tidak beriman telah mengepung kawasan tersebut.Tetapi Baginda ﷺ membaca beberapa potong ayat dari al-Quran. Susulan itu, orang yang tidak beriman tidak dapat melihatnya.Oleh yang demikian, saya perlu melakukan perkara yang sama ".
Saya berusaha untuk mengingatinya tetapi tidak dapat mengingat ayat-ayat yang dibaca oleh Nabi Muhammad ﷺ itu.
Cahaya di dalam bangunan itu sangat samar.Oleh itu jarak penglihatan hanya dalam beberapa kaki.Saya menyebut nama Allah ﷻ dan mula berjalan ke depan sambil membaca Surah al -Ikhlas.
Tentera syaitan tidak dapat melihat saya. Saya berjalan di jalan yang lurus yang sangat panjang di dalam bangunan itu. Saya juga membawa muatan berat itu bersama. Saya berasa letih tapi saya tidak berputus asa dan terus berjalan berterusan.
Ia adalah bangunan yang besar, yang sangat mendalam dari dalam.Saya terus-menerus merasai ketakutan dengan tanggapan bahawa kekuatan syaitan hadir di sana.
Selepas tiba di suatu tempat, saya merasakan bahawa saya telah melepasi jangkauan kuasa-kuasa syaitan itu.
Saya berasa sangat letih dan kemudian saya melihat sebuah tempat di sebelah kiri saya.
Apabila saya sampai di sana, saya melihat sebuah relau besi dengan beberapa templat dan meja besi.
Kesemua bahan yang saya perlukan ada di situ.Saya berkata, “ Ya! Inilah yang saya cari”.Saya meletakkan semua barang-barang saya di sana dan selepas berehat, saya mula memeriksa relau besi itu.
Saya menghadapi banyak kesukaran kerana kegelapan.Apabila saya memeriksa relau besi tersebut, saya melihat bahawa api tidak membakar di dalamnya.
Relau itu kelihatan seperti tidak digunakan selama bertahun-tahun. Terdapat juga arang batu di dalamnya.Tiba-tiba, saya menyedari bahawa tiada apa-apa yang boleh digunakan untuk menyalakan api pada arang itu di sana. Saya berkata "Jika saya tahu akan keadaan ini sebelumnya, sekurang-kurangnya akan membawa mancis bersama saya".
Saya menjadi sangat letih dan mengatakan bahawa ini adalah tugas yang sukar. Saya berfikir bahawa ia adalah hal yang mudah.
Saya mencari sesuatu untuk menyalakan api di dalam gelap. Akhirnya, saya menemui sedikit minyak dan batu-batu.
Saya menuangkan minyak ke atas arang dan mula menggosok batu-batu itu supaya ia dapat mengeluarkan api namun ia gagal. Tangan saya pula sudah keletihan kerana mengangkat beban berat.
Pada masa itu, batu di tangan kiri saya telah terjatuh.Saya bangun dalam keadaan marah dan mengatakan bahawa saya tidak boleh melakukan kerja ini lagi.
Saya sangat keletihan dan masih terdapat banyak kerja yang berbaki.
Buat masa ini, saya tidak dapat menyalakan api dan walaupun saya dapat melakukannya, pekerjaan mencairkan emas, logam dan menjadikan mesin itu tetap satu tugas yang sukar.
Dengan penuh kekecewaan , saya melemparkan batu kedua ke atas arang itu.Ia mengenai batu yang pertama, dan menyebabkan percikan api yang besar dan membakar arang batu itu.
Namun saya masih berkata "Saya tidak mahu melakukan kerja ini lagi. Saya sudah melakukan kesemua yang saya mampu”.
Kemudian saya melihat sekilas pandang pada jalan pulang dengan perasaan kecewa.
Saya berkata "Saya harap saya tidak pernah memulakan kerja ini.Sekarang bagaimana saya boleh pulang dengan perjalanan yang jauh dan juga berbahaya ini?? "
Kemudian, saya melihat pada arah yang lain dan berkata "Saya perlu berjalan ke hadapan dan meninjau mungkin ada cara untuk keluar dari sini?"
Baru sahaja saya mengambil beberapa langkah, tiba-tiba saya terdengar tapak kaki beberapa orang yang berjalan ke arah saya. Saya memandang ke arah kanan saya dan saya melihat beberapa orang.
Saya berhenti selepas melihat mereka dan berkata "Siapakah orang-orang ini?" Apabila saya melihat dengan teliti, saya mendapati bahawa mereka memakai pakaian yang berwarna hitam dengan serban di atas kepala mereka.
Mereka berhenti berdekatan dengan relau besi dan mengeluarkan emas dan permata dari beg itu serta meletakkannya di satu sisi.Kemudian mereka menambah api ke dalam relau dan mula mencairkan emas.
Saya menjadi terkejut dan berkata "Apa yang sedang mereka lakukan ? Ini semua barang-barang saya."
Tetapi kemudian saya berkata "Mengapa saya perlu mengambil berat? Saya tidak akan melakukan kerja ini .”
Saya tidak dapat melihat dengan jelas kerana suasananya yang gelap.Orang-orang itu membuat sesuatu daripada emas yang cair.Seorang lelaki meletakkan dua objek yang terbuat daripada emas ke atas meja dan kemudian menyambung kerjanya semula.
Emas itu bersinar sangat terang di dalam kegelapan.
Saya bertanya "Apa yang telah dibuat oleh orang-orang ini?"Apabila saya menghampiri, saya mendapati dua buah roda emas dengan permata yang tertanam di permukaannya.
Ketika melihat roda-roda itu, saya menjadi sangat terkejut dan gembira . Saya berkata, "Ini betul-betul seperti roda yang saya mahu buat!".
Saya memeriksanya dengan teliti. Saya mendapati keadaanya baik tetapi masih ada ruang untuk penambahbaikan. Pada mulanya, saya terfikir saya harus memberitahu orang-orang ini untuk memperbaiki roda itu. Tetapi kemudian saya berhenti dan berkata "Apa pun yang telah dibuat dalam kegelapan ini adalah sudah mencukupi. Saya tidak perlu mengganggu mereka, kerana Allah (ﷻ) telah membuat kerja saya menjadi mudah. Apabila mereka telah siap membina kesemua bahagian ini, maka saya akan mencipta mesin itu.
Ketika saya sedang memeriksa roda itu, saya terdengar bunyi tapak kaki seseorang. Saya berpaling untuk melihatnya dan mendapati bahawa Nabi Muhammad (ﷺ) datang ke arah saya. Saya senang melihatnya. Dari gaya berjalan Nabi Muhammad (ﷺ), saya menyedari bahawa Baginda ﷺ telah menjadi sangat lemah dan itu membuat saya berasa sedih. Saya menyapa dia dan dia menyambut saya kembali. Saya berkata, "Lihatlah! Orang-orang ini telah membuat roda ini dengan kerja keras. Seperti mana rodanya yang bersinar, permatanya juga turut berkilau”.
Muhammad ﷺ menjadi sangat gembira apabila melihat roda-roda itu dan berkata " Orang-orang ini bekerja sangat keras dan melakukan kerja dengan baik. Allah akan memberi ganjaran yang besar kepada mereka.” Kemudian, saya berkata" Bolehkah anda memegang roda-roda ini dan memeriksa kualitinya?".Nabi Muhammad ﷺ berkata, "Saya telah menjadi sangat lemah dan otot-otot lengan kanan saya juga turut lemah. Roda-roda ini agak berat dan saya tidak boleh mengangkatnya". Saya berkata "Jangan risau, tidak lama lagi apabila semua bahagian telah dibuat , saya akan membuat mesin itu dan akan dapat merawat lengan anda. Lengan anda akan menjadi normal semula dan anda akan mendapat tenaga untuk badan anda juga dan anda akan bekerja seperti biasa seperti sebelum ini".
Selepas mendengar akan perkataan ini Nabi Muhammad ﷺ menjadi sangat teruja dan berkata dengan gembira." Qasim! Semoga Allah memberi kamu lebih banyak pengetahuan! ".
Mimpi itupun berakhir di situ.

Komentar