Saya sedang dalam perjalanan mencari rumah Muhammad sallallahu alaihi wasallam di sebuah bandar . Di mana-mana terdapat kegelapan.
Orang-orang Islam mempunyai rumah-rumah kecil yang rosak dan hampir tidak mempunyai cahaya sedangkan cahaya itu datang dari bangunan yang besar milik orang bukan islam. Saya pergi mengembara sehingga saya dapat melihat sebuah tempat yang sangat jauh.Namun saya tidak mempunyai kenderaan untuk sampai ke sana jadi lebih baik saya mencari di sini.
Kemudian saya melihat beberapa orang yang mengenali diri saya. Mereka bertanya kepada saya “Qasim ke mana awak hendak pergi?” Saya memberitahu mereka bahawa saya sedang mencari sebuah tempat dimana kita boleh mendapat segala-galanya dan dan tidak akan ada lagi kegelapan. Tempat itu ialah Rumah yang Hilang milik Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam.
Mereka bertanya lagi,” Bolehkah kita mencarinya?” Saya menjawab, “ Ya. Saya berhasil mencari nya di dalam mimpi saya “. Kemudian mereka mula berjalan dengan saya dan saya bertanya kepada mereka, “Kenapa kamu mengikuti saya?” Mereka membalas “ Kami percayakan anda dan kami juga ingin melepaskan diri dari kegelapan ini”.
Kemudian saya memberitahu mereka” Perjalanan ini akan menjadi sangat sukar untuk kamu dan kamu semua akan letih. Setelah itu kamu akan meninggalkan saya”.
Mereka berkata, “Kami tidak akan letih dan kami tidak akan meninggalkan anda”.Saya berkata, “Baik, tetapi jika kamu semua letih maka jangan salahkan saya”.
Setelah itu kami mengembara untuk beberapa jarak tertentu dan mula berasa sia-sia.Seseorang menunjuk ke suatu tempat dan berkata kita harus pergi ke sana. Kami pun mula berjalan ke sana sehingga kami tiba di pinggir bandar.
Setelah itu kami mengembara untuk beberapa jarak tertentu dan mula berasa sia-sia.Seseorang menunjuk ke suatu tempat dan berkata kita harus pergi ke sana. Kami pun mula berjalan ke sana sehingga kami tiba di pinggir bandar.
Lampu bangunan telah padam dan kami berada dalam kegelapan yang pekat.Mana-mana haiwan yang berbahaya boleh menyerang kami, jadi saya mengajak mereka untuk pulang semula.
Sebelum berangkat , saya melihat bandar itu dan melihat cahaya indah yang tajam muncul dari sana. Saya berkata tanpa sesuatu alatan ia akan menjadi sukar untuk mencari rumah Muhammad sallallahu alaihiwasallam .Dalam perjalanan pulang itu, kami melihat seorang pengawal yang misteri.
Saya memberitahunya bagaimana saya pernah melihatnya sebelum ini dan bertanya kepadanya apa yang dilakukannya di sini. Dia tidak menjawab pertanyaan saya. Saya berkata sekurang-kurangnya kita tidak bersendirian.
Tiba-tiba saya melihat cahaya yang tajam muncul dari tempat pengawal lelaki itu berada.
Kami melepasi satu atau dua buah blok sehingga kami sampai ke sebuah taman.Taman itu dipenuhi dengan lampu yang hebat dan indah.Kesemua lampu itu berpunca dari satu rumah kecil yang berada di tengah-tengah taman itu.Di pintu rumah itu tertulis “Rumah Ibrahim alaihis salam”.
Saya menjadi gembira sekurang-kurangnya kita telah menemui rumah Nabi Ibrahim alaihis salam.Apabila saya membuka pintu sebuah cahaya yang luar biasa terpancar dari dalam.
Terdapat bilik-bilik kecil tetapi ianya hanya cukup untuk kita duduk.Saya berkata rumah Muhammad sallallahu alaihi wasallam jauh lebih besar daripada ini dan kita perlu mencarinya.
Seorang wanita berkata “ Walau apapun, Ibrahim alaihissalam adalah sahabat Allah”.Saya berkata,” Ya, ianya benar tetapi kita perlu keluar dari kegelapan ini”.
Kemudian di dalam sebuah bilik kecil saya menemui sebuah bilik kawalan dan di hadapan bilik itu terdapat sebuah tingkap.
Saya menyedari rumah ini boleh terbang. Saya memberitahu yang lain bagaimana kita boleh menggunakannya untuk mencari rumah Muhammad sallallahu alaihiwasallam.
Kemudian saya menerbangkan rumah itu, tinggi di udara dan saya pergi ke arah Kota yang jauh itu.
Saya berkata kepada diri sendiri dengan pertolongan Allah kita akan sampai di sana tidak lama lagi . Kami terbang untuk beberapa jarak tertentu dan mimpi pun berakhir di situ.
Komentar