SEKOLAH YANG HEBAT | Impian Muhammad Qasim



Saya melihat mimpi ini bertahun-tahun yang lalu namun saya tidak dapat mengingati waktunya dengan tepat . Mungkin saya melihatnya pada tahun 2004.
Saya tinggal di sebuah rumah dan suatu hari saya bercakap dengan diri saya sendiri sementara Allah memerhatikan saya dari langit. “Qasim! Apakah jenis kehidupan ini? Anda tidak melakukan apa-apa yang istimewa sepanjang hari!”
Kemudian selepas beberapa ketika, Nabi Muhammad ﷺ datang ke rumah saya. Saya duduk bersebelahan dengannya. Baginda ﷺ berkata , “Lihat Qasim! Saya telah menempatkan anda di sebuah sekolah yang bagus (saya terlupa nama sekolah itu).” “ Esok, engkau akan pergi ke sekolah.”
Sambil Baginda ﷺ menyapu tangannya ke atas kepala saya dia berkata, “Membaca dan menulislah di sekolah itu, kemudian gilapkan namaku di seluruh dunia sepertimana dahulu.” Saya menjadi sangat gembira kerana Allah mendengarkan saya. Nabi Muhammad ﷺ mendaftarkan saya masuk ke sekolah itu dan memberi saya alamatnya. Baginda ﷺ berpesan supaya saya sampai ke sekolah itu sebelum pukul 8 pagi keesokkannya. Saya berkata, “Ok . ln shaa Allah saya akan sampai ke sekolah itu tepat pada waktunya.”
Nabi Muhammad ﷺ tidak memberi saya sebarang buku. Saya mempunyai beberapa buah buku yang lama lalu saya mengumpulkannya dan menyiapkan pakaian untuk dipakai. Saya berfikir bahawa ia hanyalah sebuah sekolah yang biasa jadi siapalah yang akan memerhatikan saya di sana?
Saya bangun pagi, bersiap-siap dan keluar dari rumah. Tidak berapa jauh dari rumah terdapat sebuah persimpangan jalan. Saya tidak dapat mengingat di mana untuk membelok dari situ. Abu Bakr r.a telah melewati dari sana lalu saya memintanya untuk berhenti untuk menanyakan alamat sekolah itu. Beliau r.a menjadi terkejut saat mendengar nama sekolah tersebut dan memandang ke arah saya dan menyoal, “Mengapa kamu menanyakan alamat sekolah itu?” Saya menjawab bahawa saya telah didaftarkan ke sekolah itu dan ini adalah hari pertama saya. Dia melihat surat pengakuan saya dan berkata, “Ma shaa Allah!.” Lalu beliau memberitahu saya jalan ke sekolah itu dan saya pun mula berjalan ke arah sekolah tersebut.
Ketika saya mendekati sekolah itu, mata saya melebar kerana terkejut. Saya berkata, “Betapa hebatnya bangunan sekolah ini!”. Kemudian saya melihat beberapa pelajar memakai pakaian dan beg yang sangat bagus. Saya terfikir adakah saya telah memasuki sekolah yang berlainan? Saya melihat pada nama sekolah itu ternyata ia adalah sekolah saya. Namun mengapa Nabi Muhammad s.a.w tidak memberitahu saya bahawa sekolah ini sangat menakjubkan? Saya menjadi sangat keliru setelah melihat akan semua ini dan berfikir apa yang sedang berlaku dengan saya? Pakaian saya sangat biasa dan saya hanya memegang buku di tangan saya. Buku-buku itu juga sudah usang.
Di luar sekolah terdapat sebuah kawasan kafe. Saya duduk di sana dan beberapa pelajar datang ke situ dan mereka duduk di meja sebelah saya. Saya semakin gugup saat melihat mereka.
Salah seorang daripada mereka menanyakan nama saya. Saya memberitahu nama saya kepadanya. Sementara seorang lagi memanggil saya dan meminta saya untuk duduk bersama dengan mereka. Saya berkata kepada diri saya bahawa Qasim bersiap-siaplah, mereka akan mentertawakanmu.
Saya duduk bersama dengan mereka dan mereka bercakap dengan sangat sopan kepada saya. Mereka menyoal saya, “ Adakah kamu seorang pelajar baru di sini?” Saya menjawab, “Ya. Ini adalah hari pertama saya di sini.”
Seseorang bertanya kepada saya,” Apa yang akan kamu makan?” Saya katakan bahawa saya tidak perlukan makanan kerana saya sudah makan di rumah. Mereka memesan jus dan sandwic untuk diri mereka sendiri dan juga untuk saya. Mereka berkata kepada saya,”Jangan takut. Kita di sini diajarkan bahawa kita semua bersaudara dan kita perlu menjaga orang lain sepertimana kita menjaga diri kita sendiri. Jika anda mempunyai masalah, maka beritahu sesiapa sahaja kerana dia akan membantumu.”
Saya berfikir, Maha Suci Allah sebagaimana bangunan sekolah ini yang sangat menakjubkan seperti itu juga pelajar di sini yang luar biasa. Namun saya telah dipengaruhi oleh perasaan rendah diri di dalam diri saya dan saya berasa sangat malu.
Kemudian loceng sekolah berbunyi. Setiap pelajar mula pergi ke pintu utama dan mereka turut mengajak saya untuk pergi bersama dengan mereka. Saya berkata kepada kepada mereka, “Kamu semua pergilah, saya akan menyusul bersendirian.” Setelah mereka semua beredar, saya pun mula berjalan ke arah pintu utama perlahan-lahan dan berkata, “Apa yang baru berlaku dengan saya? Nabi Muhammad s.a.w tidak memberitahu saya bahawa sekolah ini sangat luar biasa begitu juga dengan pelajarnya serta pakaian dan beg mereka. Apa yang harus saya lakukan sekarang? Setiap pelajar di dalam kelas itu memakai pakaian yang bagus sedangkan saya hanya memakai pakaian yang lama dan lusuh. Buku-buku saya juga sudah usang dan rosak manakala kasut saya pula dari buatan plastik dan sudah terkoyak.”
Selepas saya melafazkan kata- kata ini, saya menutup mata saya dan berkata bahawa lebih baik untuk pulang ke rumah daripada mendapat malu. Tetapi tiba-tiba saya merasakan bahawa buku-buku itu telah hilang dari tangan saya dan saya mendapat sebuah beg. Saya membuka mata saya dan terkejut melihat pakaian saya juga sudah berubah seperti pakaian orang lain.Kasut saya juga bertukar dan terdapat sebuah beg yang luar biasa di tangan saya.
Setelah melihat akan semua ini saya berkata, “Bagaimana keadaan ini boleh berlaku? Apa yang berlaku semasa saya menutup mata saya sehingga pakaian saya berubah menjadi pakaian yang sangat bagus?”
Kemudian Allah berfirman dari langit, “Qasim! Adalah mustahil bahawa Allah akan meninggalkan sendirian seseorang yang kepalanya berada di bawah bayang-bayang rahmat Nabi Muhammad saw.Sesungguhnya Allah Maha Mengasihani dan Maha Berkuasa atas segala sesuatu.”
Sesudah mendengar akan perkataan ini , suatu gelombang kebahagiaan yang aneh telah memasuki tubuh saya. Saya berlari ke arah pintu utama dan berteriak dengan kegembiraan bahawa Allah telah menjadikan saya seperti pelajar sekolah itu dengan RahmatNya.
Ketika saya sampai di pintu itu, Umar r.a sedang berdiri di sana. Saya mengucapkan salam kepada Umar r.a dan dia menjawab ucapan saya dan berkata, “Saya sedang menunggu anda!.”
Saya menjawab kepada Umar r.a bahawa saya juga telah mendapat tempat di sekolah ini dan ini adalah hari pertama saya. Umar r.a mengatakan, “SubhanAllah! Hanya mereka yang sangat berbakat oleh rahmat Allah dapat memasuki sekolah ini .”
“Sekarang kita akan masuk ke dalam dan kemudian kita akan memuji Allah SWT. Selepas itu, kita akan pergi ke kelas.” Saya berkata kepada Umar r.a , “Saya telah memeriksa jadual dan kamu akan mengambil kelas pertama saya. Dia menjawab,”ln shaa Allah.”
Mimpi pun berakhir di situ.

Komentar