Seseorang yang Menolong Nabi Muhammad ﷺ | Impian Muhammad Qasim



Pada 25 Februari Muhammad Qasim melihat sebuah mimpi. Di dalam mimpi ini Rasulullah sallallahu alaihi wasallam keluar dari rumahnya setelah mengambil wudu’ untuk sholat asar.Nabi sallallahu alaihi wasallam sudah uzur dan memerlukan tongkat untuk berjalan.Baginda menyeru ,” Siapakah yang boleh membawa saya ke masjid?”. Tetapi tiada siapa yang menyahut dan semua orang terperangkap dengan kerja mereka sendiri.
Baginda ﷺ menjadi sangat kecewa dan mula berjalan menuju ke masjid yang terdekat. Ketika Baginda sampai di masjid tidak ada yang menunggu dirinya dan solat itu sudahpun selesai. Oleh yang demikian Baginda ﷺ menjadi lebih kecewa dan tertekan.
Nabi Muhammad ﷺ mula berjalan ke arah rumahnya dan sekali lagi tidak ada yang memberikan bantuan. Saya baru saja selesai melakukan kerja yang rumit dan bertemu dengan Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam berhampiran dengan rumahnya.
Baginda ﷺ berkata “Qasim, anda datang kepada saya apabila solat telah selesai . Apa gunanya sekarang? Tidak ada seorang pun yang mendengarkan saya atau membawa saya ke masjid”. Saya berkata “ Jangan bimbang. Terdapat sebuah masjid besar jauh di hadapan dimana solat juga belum bermula. Jadi bagaimana saya membawa anda ke sana?”.
Nabi Muhammad ﷺ berkata dalam nada yang sedih , “Qasim kamu tidak boleh membawa saya ke masjid yang berhampiran, jadi bagaimana kamu akan membawa saya ke masjid yang lebih jauh dan mengejar solat tepat pada waktunya? Kamu juga tidak mempunyai kereta. Jadi tidak mengapa Qasim, lupakan saja. Saya akan menunaikan solat di rumah saya sahaja”.
Saya memberitahunya , “ Jangan risau . Jika saya tiba di sini lebih awal maka saya akan membawa anda ke masjid tepat pada waktunya dan Allah ada bersama kita. Jadi saya akan membawa anda ke masjid dengan pertolongan Allah. Nabi Muhammad ﷺ berkata, “ Marilah cepat dan kita segera pergi ke masjid!” .
Sekarang saya menjadi bimbang, saya tidak tahu arah yang harus dituju dan juga tidak mempunyai kereta. Saya sekarang hanya mempunyai Allah yang boleh membantu saya . Jadi Allah berkata di telinga kanan saya, “Qasim , ambil Muhammad sallallahu alaihi wasallam dan lari. AKU akan membawa engkau ke masjid itu”. Tanpa berlengah lagi, saya menggendong Muhammad sallallahu alaihi wasallam di atas lengan saya dan berlari. Kemudian saya mulai berlari di udara dengan belas rahmat Allah. Nabi Muhammad ﷺ menjadi sangat gembira apabila melihat sebuah masjid besar di hadapan kami. Bahkan dia bercakap tentang saya dengan berkata, “ Ini adalah anak saya yang telah membawa saya ke masjid dengan pertolongan Allah”.
Orang-orang bangun untuk menunaikan solat sebaik sahaja kami melangkah masuk dan Muhammad sallallahu alaihi wasallam pun berdoa bersama dengan yang lain.
Saya tidak memasuki masjid itu kerana saya tidak mempunyai wudu’ . Saya memberitahu diri saya jika saya mengambil wudu’ maka saya akan bersolat dengan mereka tetapi masjid itu sangat besar , jadi apabila saya selesai melakukan wudu’, solat itu sudahpun selesai.
Manakala jika saya melakukan wudu’ sebelum datang ke sini ,maka Muhammad sallallahu alaihi wasallam pula tidak sempat menunaikan solat. Jadi keadaan tetap sama. Hal yang lebih baik itu adalah,Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasalam dapat sampai ke masjid itu tepat pada waktunya dengan pertolongan Allah.
Saya bersyukur kepada Allah dan mula memerhati Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam menunaikan solat.

Komentar