TENTERA DAJJAL BERSIAP SEDIA UNTUK PERANG | Impian Muhammad Qasim



Pada 10 Disember 2017 Muhammad Qasim mendapat sebuah mimpi.
Saya melihat bahawa saya sedang duduk di rumah saya.Rumah itu adalah rumah lama yang disewa.
Saya bersama beberapa orang berada di dalam sebuah bilik.
Allah ﷻ menghantar sebuah mesin terbang untuk saya dan memberi mesej bahawa ada sebuah tempat di angkasa.DIA telah memerintahkan saya ke sana.
Saya menjadi sangat gembira kerana Allah telah memberikan saya tugasan untuk di buat .Jibrael (alaihissalam) juga akan ke sana.
Saya sudah menaiki mesin itu. Saya memandang ke arahnya tetapi beliau pergi ke bilik di mana orang-orang itu sedang duduk.
Kemudian saya pergi ke arah tempat tersebut.Saya pergi ke hadapan dengan kelajuan penuh dan terbang jauh meninggalkan bumi.
Saya melepasi sebuah tempat di mana terdapat kegelapan di mana-mana.Setelah itu saya melihat ke belakang, yang mana ia juga di dalam kegelapan.
Saya tidak berhenti dan terus maju.Tiba-tiba beberapa pasukan jahat datang dan berkata “Halangi dia!! Jika dia sampai ke tempat itu, kita akan musnah!”
Mereka pun menyerang mesin terbang saya. Mesin terbang itu dimusnahkan tetapi saya terselamat dengan bantuan Allah ﷻ. Tidak ada apa-apa yang berlaku kepada saya walaupun saya berada di angkasa lepas.
Saya terus terbang melewati tempat letupan itu dan kemudian saya mengawal diri saya dan mencari jalan untuk pulang.Tetapi saya tidak dapat memahami dari mana saya datang.
Kemudian saya menganggarkan sebuah jalan dan pergi ke arah itu dengan menggunakan tangan saya dan banyak tenaga. Tidak lama selepas itu, saya pun mendapat banyak kelajuan.
Saya berkata bahawa Allah ﷻ telah menyelamatkan saya di angkasa dan telah membolehkan saya terbang tanpa mesin.Kemudian dia akan memandu saya ke jalan yang betul juga dan saya akan terbang terus ke bumi dan kemudian pulang ke rumah saya.
Saya terus terbang namun saya juga khuatir, jika saya tersesat maka saya mungkin tidak akan dapat kembali lagi.
Tiba-tiba saya melihat bumi dan menjadi sangat gembira. Setelah itu Allah ﷻ membawa saya kembali ke rumah saya.
Ketika saya sampai di rumah ,Jibreel (alaihisalam) masih duduk dengan orang-orang itu.
Saya merasakan bahawa dia sedang bercakap dan memberitahu tentang saya kepada orang-orang itu.
Selepas saya pulang, dia mula melihat saya.Saya tertanya-tanya, mengapa Jibreel (alaihisalam) mengawasi saya dan mengapa dia masih di sini? Saya telah datang dari jauh tetapi dia masih di sini.
Apa yang dia lakukan bersama dengan orang-orang ini? Selepas beberapa waktu Jibreel (alaihisalam) pun beredar dari sana dan orang-orang itu pergi dari situ.
Setelah kembali, saya tidak bertemu dan bercakap dengan sesiapa .Saya keluar dan duduk di bilik yang lain dan mula berfikir.
Saya berkata bahawa mengapa Allah ﷻ tidak memberitahu saya bahawa terdapat bahaya dalam perjalanan itu kerana jika DIA memberitahu saya, saya tidak akan pernah pergi ke arah itu.
Saya menjadi sangat sedih.Saya berkata bahawa saya mengambil begitu banyak risiko dan telah mengembara begitu jauh. Saya telah menggunakan semua tenaga saya namun hasilnya tidak ada apa-apa.
Sekiranya saya tahu, maka saya tidak akan pernah pergi dalam perjalanan ini.
Kemudian saya mula menjadi lemah.Saya pergi ke suatu tempat dan saya bertemu dengan seorang lelaki dari orang-orang yang berada di dalam bilik itu.
Dia bertanya, “ Apakah yang berlaku kepadamu? Kenapa anda begitu bersedih?”
Saya berkata bahawa Allah ﷻ memberi saya tugas untuk diselesaikan namun saya tidak dapat melakukannya.
Saya menjadi lebih lemah dan kerja ini melebihi kemampuan saya. Dia menjawab, “ Janganlah kehilangan harapan seperti ini. Masa yang sukar ini akan berlalu jua.
Anda perlu berjumpa dengan doktor.”
Kemudian saya pergi berjumpa dengan seorang doktor dan dia memberikan saya preskripsi untuk sebuah ubat.Dia berkata , “Makanlah ini ! Dan anda akan menjadi sihat semula.”
Saya kembali dan berfikir tentang di mana saya boleh mendapatkan ubat ini?
Saya menunjukkan preskripsi itu kepada orang tersebut.Dia berkata , “ Saya tahu di mana untuk mendapatkannya. Saya akan mendapatkannya untuk anda.”
Kemudian saya pergi ke suatu tempat dan seorang lelaki sedang membuat sebuah rumah di sana.Dia telah membina rumah itu dengan baik.
Saat saya melihat rumah itu , saya berkata bahawa saya berharap saya mempunyai rumah seperti itu juga.
Kemudian saya berjumpa dengan orang yang kedua dan dia juga dari orang-orang di dalam bilik itu.Dia berkata “Qasim kita sedang membina sebuah rumah untuk kamu juga.”
Saya menjadi sangat terkejut.Mereka membuat sebuah rumah untuk saya?
Di manakah tempatnya dan kenapa?
Dia membawa saya ke sebuah tempat, di mana orang-orang dari bilik itu berada di sana.
Saya berkata bahawa ini adalah orang yang sama di rumah itu dan sebelum perjalanan itu saya ada bersama dengan mereka.
Mengapa orang-orang ini melakukan semua ini untuk saya? Bagaimana mereka tahu bahawa saya mahukan sebuah rumah?
Orang-orang itu bekerja dengan tulus dan jujur.
Saya terfikir adakah mereka menerima mesej dari Allah ﷻ bahawa mereka harus melakukan semuanya ini?
Kemudian lelaki itu sampai ke sana dengan ubat itu.
Setelah melihat ubat itu saya berkata bahawa itu adalah multivitamin yang bapa saya makan.Kemudian saya mengambil ubat itu dan mula melihat rumah itu.
Setelah diamati, rumah itu agak kecil ?
Saya berkata bahawa ini adalah sebuah rumah yang kecil. Oleh itu tidak semua dikalangan kita boleh tinggal di dalamnya. Ianya tidak mempunyai banyak ruang untuk kita berjalan juga.
Saya terpaksa membina sebuah rumah yang besar, dan dalam fikiran saya ianya seperti rumah besar yang sama dan sering saya lihat dalam mimpi saya.
Kemudian saya berkata bahawa cukuplah ? kerana ia lebih baik daripada tidak mempunyai apa-apa.
Buat masa ini, inilah rumah sementara kita, dan jika Allah mahu, kita juga akan mendapat rumah yang besar itu.
Orang-orang ini telah bekerja keras untuk membina rumah yang kecil ini.
Saya masih berdiri di situ memikirkan semua ini. Seseorang datang menghampiri saya dan mengatakan bahawa peperangan telah bermula di sebuah tempat. Tempat itu adalah tempat yang terkenal. Saya berkata, “ Bagaimana ini mungkin terjadi?” Dia menjawab , “Semua ini berlaku secara tiba-tiba! Anda boleh melihat sendiri”.
Saya menonton televisyen maka ternyata sebuah peperangan telah bermula di sana. Ia terus berlarutan dan ia menjadi punca untuk sebuah bencana yang besar. Saya berkata bahawa ini semua akan terus tersebar.
Orang-orang yang bekerja dengan saya mula bekerja dengan lebih kuat. Mereka memberitahu orang ramai bahawa semuanya akan berlaku seperti apa yang Qasim lihat di dalam mimpinya. Saya menjadi terkejut melihat akan semua ini. Saya berkata bahawa orang-orang ini sangat jujur dalam melakukan semua ini. Mereka menyampaikan mesej kepada orang ramai dan memberitahu mereka untuk bersatu. Jika tidak, banyak negara Islam akan musnah.
Ramai orang duduk di sekeliling mereka dan mendengar akan perkara ini dan banyak yang percaya kepada mereka juga. Saya berkata bahawa saya perlu pergi ke sana sendiri dan melihat apa yang sedang berlaku.
Apabila saya sampai di sana, peperangan yang teruk di antara orang Islam dan bukan Islam telah berlaku. Saya tidak faham apa yang harus saya lakukan.
Orang Islam telah kalah dengan teruk. Saya mengumpulkan keberanian dan mara ke hadapan. Terdapat sebatang jalan yang menuju ke suatu tempat. Saya pergi ke sana. Kemudian saya sampai ke kawasan terbuka dan saya terkejut dengan apa yang saya lihat di sana.
Tentera orang yang bukan beriman sedang bersiap-siap di sana. Ketika melihatnya saya berkata bahawa ini adalah tentera yang sama yang saya lihat dalam mimpi saya. Apabila mereka telah memusnahkan Turki dan Arab Saudi mereka akan maju ke arah Pakistan pula. Terdapat banyak pesawat helikopter dan tentera darat di sana. Saya merasakan bahawa tentera ini adalah tentera Dajjal.
Setelah melihat semua ini saya berkata bahawa kita umat Islam tidak cukup berkuasa untuk melawan tentera ini. Saya kembali dan pergi kepada orang-orang itu dan memberitahu mereka semuanya bahawa tentera orang-orang yang tidak beriman sudah siap dan inilah ketikanya mereka memusnahkan negara-negara Islam.
Mereka berkata, “Ini bermakna bahawa kita tidak mempunyai banyak masa!.” Orang-orang itupun terus berusaha untuk menjangkau lebih ramai orang dengan mesej. Mereka mengatakan bahawa orang-orang yang tidak beriman sedang merancang serangan yang besar terhadap kita dan jika kita tidak menggunakan kebijakan kita dan bersatu maka bencana besar akan jatuh ke atas kita.Pakistan akan memainkan peranan yang besar dalam peperangan ini dan masa untuk Ghazwa e Hind (Perang Ghazwa Hind) juga sangat dekat.
Kali ini saya melihat bahawa beberapa orang yang terkenal datang dan duduk dekat dengan mereka dan mendengar dengan teliti.
Mimpi itupun berakhir di situ.

Komentar