TERBANG KE TANAH YANG AMAN | Impian Muhammad Qasim



Dalam sebuah mimpi pada tanggal 30 November 2017, saya melihat bahawa saya berada di bandar saya. Keadaan di bandar itu adalah tidak baik. Terdapat kekacauan dan kegelisahan di kalangan rakyat.
Setiap orang terperangkap dalam beberapa masalah.Sementara orang-orang yang berkuasa hanya peduli pada diri mereka sendiri.
Saya melihat semuanya dari bumbung rumah saya dan saya berkata "Adakah begini keadaan hidup kita?” Ketika saya masih menonton itu, Allah ﷻ berfirman dari langit, "Qasim keluarlah, terdapat sebuah tempat yang aman di mana terdapat Berkah dan RahmatKU.”
“ Cari!! Segala macam perdamaian ada di sana.”
Saya menjadi sangat gembira kerana Allah ﷻ telah menunjukkan jalan kepada saya.Saya pun keluar dari rumah itu dan saya mula mencari tempat tersebut. Namun saya tidak berhasil menemukannnya.
Saya bertemu dengan beberapa orang dan saya memberitahu mereka bahawa terdapat tempat yang aman di sini dan kita perlu mencarinya. Namun pada masa yang sama saya tidak dapat mencari jalan untuk keluar dari bandar itu .
Saya juga pergi berjumpa dengan beberapa orang besar dan memberitahu mereka.Tetapi mereka tidak percaya kepada saya dan mereka berkata, "Tiada tempat yang sedemikian di sini . Jangan membuang masa kamu tanpa sebab!"
Akhirnya saya sampai di tempat di mana terdapat sebuah bangunan yang besar.Saya berkata bahawa saya harus mendaki mercu bangunan ini dan cuba mencari tempat itu.
Saya pun memanjat bumbung bangunan itu dan melihat dari situ.Tetapi saya hanya melihat bandar saya sendiri dan tidak dapat mencari tempat yang lain.
Kemudian saya berkata "Qasim! Ini adalah bangunan yang sama yang sering saya gunakan untuk melihat dalam mimpiku dimana saya pergi ke sebuah bangunan yang besar dan melompat dari sana. Kemudian Allah ﷻ akan memegang saya dengan rahmatNya dan saya mula berlari di udara.”
Saya berkata lagi "Jika saya mahu mencari tempat itu maka saya perlu melompat". Setelah itu saya pun bersiap sedia untuk melompat. Saya berlari dari belakang dan membuat lompatan itu.
Saya tidak terjatuh malah saya mula berlari di udara.Saya berkata "Allah ﷻ benar-benar telah memegang saya!".
Saya berlari dengan sangat pantas dan jauh di udara.Saya juga pergi ke luar bandar tetapi saya hanya menemui kawasan yang terbengkalai.
Saya terus berlari tetapi saya tidak dapat mencari tempat yang aman dan mempunyai rahmat Allah. Lalu saya menjadi penat dan kecewa.
Kemudian saya kembali ke rumah saya dan terus berfikir bahawa bagaimana saya berjuang begitu banyak tetapi saya masih tidak dapat menjumpai apa-apa. Bahkan tiada pembesar yang mempercayai saya. Jika tidak , kita mungkin berhasil menemukan tempat itu.
Kemudian saya berkata bahawa mungkin orang itu berkata benar.Tempat itu tiada di sini dan jangan membuang masa kita.
Saya sedang sibuk dengan pekerjaaan saya apabila Allah ﷻ memberitahu saya sekali lagi, "Qasim! Keluar dan cari tempat itu! Teruskan berlari sehingga kamu mendapati tempat itu dan jangan berputus asa dengan rahmat Allah!".
Saat mendengar akan firman Allah ﷻ itu saya berkata bahawa saya telah mencuba segala cara sebelum ini. Tetapi tidak ada seorang pembesar pun yang percaya kepada saya bahkan saya tidak berhasil mencari tempat itu.
Melakukan kerja itu sekali lagi hanyalah sia-sia .
Kemudian saya berkata , “ Daripada hidup dalam kegelapan ini, adalah lebih baik mencari tempat itu!". Mungkin saya dapat menemukannya, maka saya pun keluar dan sampai ke bangunan itu semula.
Saya memandang sekeliling dan berfikir ke mana saya hendak pergi? Kemudian saya berkata bahawa saya harus pergi seberapa tinggi yang mungkin terlebih dahulu dan dari sana saya harus mencari tempat itu".
Saya membuat lompatan itu semula dan terbang setinggi yang saya mampu di udara .
Saya melihat ke semua arah tetapi tidak dapat mencari tempat itu. Saya berkata bahawa saya tidak dapat mencari tempat itu.
Saya berkata lagi bahawa sekarang saya sudah begitu tinggi di udara.
Saya harus mencuba.Kemudian saya berkata bahawa saya telah pergi ke Utara, kali ini saya harus pergi ke Timur pula. Susulan itu, saya pun turun ke bawah sedikit dan menghadap ke Timur dan mula berlari ke arah itu.
Orang-orang besar yang tidak percaya pada saya juga melihat saya berlari.Ketika saya hendak keluar dari bandar itu tiba-tiba terdapat beberapa pergolakan di udara. Saya menjadi agak perlahan di sana tetapi Allah ﷻ membawa saya keluar dari sana dengan begitu baik.
Saya melihat kawasan yang terbiar namun saya terus berlari dengan pantas. Saya tidak berhenti tetapi selepas pergi begitu jauh saya menjadi jengkel.Saya berkata bahawa saya tidak akan mencari tempat itu.
Tetapi kemudian saya berkata bahawa Allah ﷻ memerintahkan saya supaya terus berlari sehingga saya berjaya menemukan tempat itu. Lalu saya terus berlari dan tiba-tiba saya mula melihat beberapa tempat yang kehijauan.
Apabila saya mendekatinya, saya berkata "Inilah tempat yang saya mahu cari!!” Akhirnya saya berjaya menemui tempat itu.
Allah ﷻ mengatakan kebenaran. Tempat itu sangat damai dan ia penuh dengan kehijauan.Saya menjadi sangat gembira apabila berhasil menemukan tempat tersebut.
Setelah itu, saya berkata bahawa saya perlu ke sini dengan persiapan penuh.
Ia adalah sebuah tempat yang baru dan juga aman. Mungkin juga saya tidak boleh kembali ke rumah lama saya lagi.Kemudian saya berpaling dan meletakkan beberapa penanda supaya saya tidak mempunyai masalah untuk mencarinya lagi.
Setelah kembali , saya mengemaskan bagasi saya dan kemudian keluar untuk pergi ke tempat itu.Tetapi dalam perjalanan saya berjumpa dengan dua orang yang saya temui sebelum ini dan mereka juga percaya kepada saya. Mereka juga sedang mencari tempat itu.
Saya memberitahu keseluruhan cerita kepada mereka dan berkata bahawa saya telah menemui tempat itu. Mereka menjadi sangat gembira.Mereka meminta supaya saya membawa mereka bersama. Saya bersetuju dan berkata “ Pasti! Anda berdua hendaklah memegang saya ketika saya berlari di udara dengan rahmat Allah ﷻ. Kemudian kamu juga akan dapat berlari dengan saya dan anda tidak akan jatuh.”
Setelah itu kami pun bertolak ke tempat itu. Kami pergi sedikit menjauh. Tiba-tiba tangan salah seorang lelaki itu terlepas dan dia mula terjatuh. Tetapi saya berjaya meraihnya. Saya berkata bahawa keadaan ini adalah berbahaya. Kita harus membuat mesin terbang supaya tidak ada yang terjatuh.
Kemudian saya membuat mesin terbang dengan rahmat Allah dan kita duduk dengan mudah di dalamnya. Ketika kita mulai terbang, beberapa orang yang lain memanggil saya setelah melihat saya. Mereka juga meminta supaya mereka turut dibawa bersama.
Ketika saya mendarat, saya mendapati bahawa mereka adalah orang-orang yang saya temui pada kali pertama. Saya menceritakan semuanya kepada mereka dan mereka menjadi sangat gembira. Mereka mengulang permintaan mereka sekali lagi dan berkata ,” Bawa kami bersama kamu juga!.” Saya pun menjawab, “Pasti!”
Kemudian saya meningkatkan saiz mesin terbang itu. Ia menjadi seperti sejenis kereta terbang yang sangat besar. Kita semua pun duduk di dalamnya. Saya memandang ke arah mereka semua dan berkata "Adakah sesiapa yang tertinggal dari kalangan mereka yang berjumpa dengan saya pada kali pertama ? Atau dari orang-orang yang membantu saya juga?" Saat saya telah berpuas hati tiba-tiba saya tidak tahu mengapa saya menjadi malas. Saya mula berfikir bahawa perjalanan ini adalah panjang dan apabila kita pergi kita tidak akan dapat kembali lagi. Namun saya berkata bahawa Allah ﷻ telah melakukan segala-galanya. Sekarang saya hanya perlu menerbangkan mesin itu dan mengarahkannya ke tempat tersebut. Kemudian Allah ﷻ akan menjadikan mesin ini sampai ke tempat itu. Lagipun, apa yang akan kita lakukan dengan hidup yang dalam kegelapan ini?
Saya melihat ke arah rumah saya .Kemudian saya duduk di dalam mesin itu dan mula menerbangkannya ke arah tempat tersebut.
Mimpi itu pun berakhir di situ.

Komentar