Pada bulan Desember 2016 Muhammad Qasim mendapat sebuah mimpi.Ia adalah hari terakhir sehingga Kiamat dan saya melihat sebuah bangunan yang perlu saya panjat.
Saya tidak mempunyai peralatan untuk sampai ke puncak bangunan itu dan orang ramai mengejek saya mengatakan bahawa saya hanya membuang masa.Kemudian saya melihat ada batu bata di dinding dengan sedikit ruang untuk melangkah.
Saya mula memanjat bata yang sangat sukar tetapi saya tidak berputus asa.Saya terus mendaki dan saya berkata kepada Allah, “ Mengapa Engkau menjadikan tugas ini begitu sukar untukku?” Kemudian dengan pertolongan Allah saya akhirnya sampai ke puncak.
Selepas itu orang Islam memberitahu saya , “ Qasim, kami adalah saudaramu dan kami ingin membantumu”.Saya berfikir di dalam hati, disaat saya sangat memerlukan bantuan kamu, kebanyakan kamu tertawa kepada saya . Kemudian apabila kamu melihat Allah membantu saya, kamu berubah fikiran dan sekarang kamu cuba menunjukkan kepada saya bahawa kamu adalah orang Islam yang sejati? Sebaliknya, kamu adalah orang yang buruk.
Allah ialah satu-satunya yang memberi saya kejayaan jadi lebih baik saya bergantung kepadaNYA pada masa depan juga.
Komentar