EMPAT BULAN | Impian Muhammad Qasim



Di dalam sebuah mimpi pada 24 November 2015, Muhammad Qasim melihat terdapat kegelapan di mana-mana.Langit juga gelap dan terdapat mesin dan pesawat besar terbang melintasi langit.Mereka mempunyai segala-galanya di bawah kawalan mereka dan rakyat tidak mempunyai pilihan lain selain daripada menerima kezaliman mereka.
Kemudian saya memberitahu diri sendiri bahawa berdasarkan mimpi saya, apabila kegelapan ada di mana-mana dan saya melihat empat bulan, ini adalah tanda saya bahawa bantuan Allah akan tiba tidak lama lagi. Jadi saya melihat ke arah langit dan saya mendapati bulan yang pertama, kemudian yang kedua dan ketiga. Setelah itu, saya berkata bulan ke-4 sepatutnya berada di sini tetapi saya tidak melihatnya.
Dalam kekeliruan, saya melihat ke seluruh langit tetapi saya tidak dapat menemuinya.Saya menjadi kecewa dan mengadu kepada Allah mengatakan bilakah bantuanNya akan tiba?Seketika, saya melihat langit di atas saya dan saya melihat bulan yang keempat.Saya menjadi gembira mengetahui bahawa janji Allah telahpun tiba.
Saya memanjat bangunan yang sangat tinggi dan saya melarikan diri dari tepi bangunan itu.Dan saya berlari di udara dengan rahmat Allah.Kemudian cahaya Allah muncul di jari telunjuk kanan saya dan seterusnya, saya mula memusnahkan mesin-mesin raksasa itu dan pesawat berbahaya ketika berlari di udara.Manakala orang ramai menaruh harapan agar sekurang-kurangnya seseorang cuba memusnahkan mesin –mesin itu.
Dengan bantuan Allah, saya memusnahkan kesemua mesin kecuali sebuah mesin berukuran besar.Mesin ini menembak saya dengan kuat dan saya juga mara ke arahnya dengan cepat.Kemudian saya melemparkan cahaya Allah ke langit, dan ia segera menyebar ke seluruh langit dan menghancurkan mesin itu dengan serta-merta.Selepas itu seluruh langit menjadi penuh dengan cahaya Allah.
Kita semua mendapat kebebasan sekali lagi dan semua orang menjadi gembira.
Kemudian saya turun ke tanah dan orang ramai berkumpul di sekeliling saya mengatakan bahawa saya telah melakukan sesuatu yang luar biasa.
Saya berkata tidak, tetapi ia menjadi mungkin dengan sebab pertolongan Allah dan sesungguhnya Allah menolong hamba-hambaNya.
Selepas itu orang ramai menjemput saya ke rumah mereka untuk sebuah jamuan.Saya berkata bahawa tidak ada keperluan untuk itu tetapi mereka tetap bertegas.Kemudian dengan berseloroh saya berkata bahawa sekiranya saya boleh menduakan diri saya maka saya boleh pergi ke setiap rumah.Lalu mereka ketawa dan mengatakan bahawa tidak kira apa yang berlaku, mereka tidak akan meninggalkan saya sendirian.

Komentar