Dalam mimpi ini kita hidup di tempat yang kecil dan penuh dengan kegelapan. Bangunan Islam utama kita telah dikuasai oleh tentera-tentera anti-Islam. Susulan itu, Allah menghantar Nabi Muhammad ﷺ kepada kita dengan rahmat-Nya.
Sejurus melihat kedatangan Baginda ﷺ , saya dan sahabat-sahabat saya menjadi sangat gembira kerana kita mengetahui bahawa akhirnya masanya telah tiba untuk kita bersatu lagi dan mendapatkan semula bangunan Islam kita.
Nabi Muhammad ﷺ berkata kepada saya, “Qasim pergilah dan beritahu semua pemimpin Islam tentang saya bahawa Nabi Muhammad ﷺ telah datang kepada kita sekali lagi untuk membebaskan bangunan Islamnya dari tentera anti-Islam dan kita akan membinanya bersama semula”. Saya memberitahu Nabi Muhammad ﷺ, “Ya. Saya akan pergi sekarang dan menyampaikan mesej Anda kepada mereka semua”. Kemudian Nabi Muhammad ﷺ memberitahu saya bahawa dia akan menunggu kepulangan saya.
Saya pergi berjumpa dengan pemimpin Islam dan menyampaikan mesej Nabi Muhammad ﷺ kepada mereka. Namun, mereka tidak mempercayai saya. Saya memberitahu mereka, “Kamu menyintai Nabi Muhammad ﷺ hanya dengan kata-katamu? Sesiapa sahaja boleh mengatakan perkara-perkara yang hebat dengan lidahnya. Anda semua harus menunjukkan kasih sayang anda kepada Nabi Muhammad ﷺ mengikut tindakan anda dan bukan dengan hanya kata-kata anda. Tidakkah kamu tahu bahawa Nabi Muhammad ﷺ sedang menunggu anda semua”? Kemudian mereka berkata kepada saya, “Qasim! Janganlah buang masa kami. Kami tahu apa yang betul dan apa yang salah, dan apa sahaja yang kami lakukan, kami lakukan untuk kesejahteraan Islam”.
Saya memutuskan untuk pulang. Semasa dalam perjalanan , saya menemui kuda-kuda hitam yang kuat. Saya membawa mereka pulang bersama-sama dengan saya. Setelah sampai, saya menceritakan kisah lengkap kepada Nabi Muhammad ﷺ. Saya katakan kepadanya bahawa saya akan pergi bersendirian untuk membebaskan bangunan Islam Baginda ﷺ. Namun Nabi Muhammad ﷺ berkata "Tunggu anakku! Saya akan pergi bersama denganmu!". Saya bersetuju dan berkata "Saya mempunyai kuda yang sangat kuat untuk Anda. Anda harus menunggangnya". Setelah itu, Nabi Muhammad ﷺ memberitahu yang lain supaya menunggu kami di situ.
Kemudian kami pergi ke tempat bangunan utama kami. Kami pernah tinggal di bangunan ini sebelum ini namun pasukan anti Islam telah menawan bangunan itu dan mereka membunuh orang-orang Islam di sekitarnya . Mereka juga menghancurkan Islam.
Saya dan Nabi Muhammad ﷺ mula bertempur tetapi mereka terlalu ramai dan sangat kuat. Malahan saya melihat sesetengah pasukan menyamar sebagai tentera Islam walaupun sebenarnya mereka bukan orang Islam . Mereka juga menyebabkan lebih banyak kerosakan kepada Islam.
Saya memberitahu Nabi Muhammad ﷺ , “Mereka ini terlalu ramai. Anda tinggal di sini dan berehat dan memuliakan Allah dengan puji-pujian. Saya akan melawan pasukan-pasukan ini sendirian dengan pertolongan Allah”. Kemudian Nabi Muhammad ﷺ mula memohon kepada Allah supaya membantu saya.
Nur Allah muncul di jari telunjuk kanan saya dan saya pun mula melawan pasukan-pasukan itu dengannya. Setelah itu semua pasukan jahat dan munafik hancur serta hanya yang mahukan damai terselamat. Tidak ada seorang yang berpura-pura dapat bertahan di hadapan Nur Allah.
Kita berjaya mendapatkan semula bangunan Islam itu sekali lagi tetapi ianya telah rosak teruk. Saya memberitahu Nabi Muhammad ﷺ “Kita perlu membina bangunan ini semula sekarang”. Mendengarkan ini, Baginda ﷺ menjadi sangat gembira dan berkata kepada saya “Qasim! Tinggal di sini sementara saya pergi dan memanggil orang Islam yang lain!”.
Nabi Muhammad ﷺ memberitahu kepada umat Islam, “Kita telah mendapat bangunan kita semula dan semua orang perlu pergi ke sana. Sekarang, Qasim berada di sana dan mainkan peranan kamu dalam membina Islam semula!”
Komentar