Di dalam mimpi Qasim pada bulan Disember 2015, saya melihat sebuah bilik yang besar di mana terdapat sebuah papan cat gergasi di dinding serta pasangan cat dan berus yang berlainan.
Saya melihat tiga atau empat ekor lembu meragut rumput . Kemudian tiba-tiba Allah telah memerintahkan saya untuk melukis sebuah lukisan yang sama seperti yang telah ditunjukkanNya kepada saya di dalam mimpi.
Saya mula melukis dari satu sisi dan saya melukis dengan tepat seperti yang Allah kehendaki. Kemudian perlahan-lahan saya mulai letih selepas saya menggunakan banyak tenaga.
Saya hanya berjaya melukis separuh daripada papan itu.Saya memberitahu diri saya bagaimana saya tidak boleh melukis lebih daripada ini . Saya sangat keletihan.
Saya hanya menghabiskan setengah daripada lukisan itu namun separuh lagi masih tinggal.
Dalam ketiadaan harapan, saya meninggalkan lukisan dan mula berjalan ke sebelah sisi bilik dimana terdapat sebuah pintu. Saya mengambil satu pandangan terakhir pada lukisan telah yang saya buat. Saya berkata kepada diri saya sendiri bahawa saya telah berusaha sebaik-baiknya untuk mematuhi perintah Allah tetapi saya tidak dapat menghabiskan tugas yang diberikanNya kepada saya.
Pada ketika itu, Allah memerintahkan lembu-lembu itu untuk menyelesaikan separuh daripada baki lukisan tersebut.
Dalam keadaan saya terpinga-pinga , lembu-lembu itu mengambil berus di salah satu kaki depan mereka dan mula melukis. Saya kehairanan memikirkan bagaimana lembu-lembu ini menjadi sangat pintar?
Saya berlari ke arah mereka tetapi mereka melukis dengan pantas sehingga mereka selesai pada masa saya tiba di sana dan kemudian mereka kembali meragut rumput.
Apabila saya cuba bercakap dengan mereka, mereka tidak menjawab. Lukisan itu sangat indah. Kemudian ia menjadi terkenal di seluruh dunia. Orang ramai memuji saya mengatakan Qasim ialah seorang pelukis yang hebat.
Saya berkata tidak, bahkan semua pujian adalah milik Allah dan dia adalah Pereka yang Terbaik . Kemudian Allah sendiri membuat lukisan yang besar dan indah dimana tidak ada seorang pun yang pernah membuat lukisan seperti ini sebelumnya. Setelah itu, Allah menulis nama saya di penjuru. Orang ramai tidak mampu mengungkap sebarang kata-kata untuk itu kecuali SubhanAllah.
Mereka menganggap saya seorang pelukis yang luar biasa dan media bertanya kepada saya, “ Di mana saya mendapat idea ini? Saya mendiamkan diri tetapi di dalam hati, saya mengetahui bahawa Allah telah membuat lukisan ini. Dia ingin memberikan penghargaan kepada saya dengan memberi saya kredit . Malah ketika saya melihat lukisan itu di dalam mimpi , saya juga tidak mempunyai kata-kata kecuali SubhanAllah.
Komentar