Mimpi Pertama Muhammad Qasim | Impian Muhammad Qasim



Muhammad Qasim mendapat mimpi Ilahi yang pertama pada usia 4 atau 5 tahun.
Adalah penting untuk diperhatikan dalam zaman kanak-kanak Qasim bahawa dia mempunyai minat terhadap belon yang dipenuhi helium.Dia suka melepaskan belon-belon itu dan melihat mereka naik ke atas langit.
Dalam mimpi ini saya berada di rumah saya dan abang saya Javaid datang dari luar rumah.
Beliau berkata “Lelaki yang menjual belon ada di sini . Pergi beli belon kamu sebelum dia beredar.Jika tidak, kamu akan menangis”.Saya pun mendapatkan wang dari ibu saya dan pergi ke luar.
Saya meminta kepada “Lelaki Belon” untuk satu belon dan dia berkata “Baiklah”
Semasa mengisi belon itu dia berkata, “Qasim adakah kamu tahu bahawa ada tangga di atas bumbung rumah mu yang membawa terus ke langit?”
Saya berasa sangat terkejut dan teruja kerana saya sentiasa ingin tahu di mana belon saya terbang di langit. Saya pun berlari dengan sangat gembira ke bumbung rumah saya.
Saya juga terlupa untuk mengambil belon itu dengan saya.
Apabila saya sampai ke bumbung, saya melihat sebuah tangga yang nyata. Ianya sama seperti buatan orang-orang dari Empayar Mughal.
Ia adalah sebuah tangga bulat yang diperbuat daripada batu bata merah menuju ke langit.Saya menjadi sangat gembira tatkala saya melihatnya.
Saya mula mendaki tangga dan naik begitu tinggi sehingga apabila saya melihat ke bawah semua rumah menjadi kecil . Melihatkan pemandangan ini saya menjadi bertambah teruja dan meneruskan lagi pendakian.
Saya juga dapat menyentuh awan dan saya merasa sangat bersemangat.
Kemudian saya terfikir bahawa ibu saya mungkin sedang mencari saya jadi saya memutuskan untuk kembali ke bawah apabila saya telah letih.
Tiba-tiba saya mendapat satu naluri bahawa tangga ini akan membawa langsung kepada Allah Tuhan alam semesta. Setelah itu,saya merasakan suatu nikmat kebahagiaan yang melonjak memasuki badan saya.
Saya berlari menaiki tangga dengan penuh kelajuan dengan harapan untuk mencapai Allah SWT.
Mimpi itupun berakhir di situ.

Komentar