PAKATAN US / ISRAEL / INDIA TERHADAP PALESTIN / PAKISTAN | Impian Muhammad Qasim



Pada 16 Februari 2017 yang lalu, Saya (Muhammad Qasim) telah melihat Rumah Putih (The White House of USA) didalam mimpi. Saya sedang berdiri dihadapan Rumah Putih sambil melihat bagaimana ia dibina.
Saya berasa kagum dengan cara bagaimana ia dibina. Kemudian saya masuk kedalam, melewati sebuah dewan sehingga saya sampai ke sebuah pintu. Saya memasuki pintu bilik tersebut dan terdapat dua orang lelaki sedang bercakap-cakap antara satu sama lain.
Seorang daripada mereka merayu kepada seorang lagi agar menjadikannya sebagai adik lelaki. Dia berkata “Aku akan mematuhi segala arahanmu. Dan aku juga akan melakukan apa sahaja yang engkau pinta dan lihatlah, aku telah menyebarkan kerosakan di Kashmir, sama seperti apa yang telah dilakukan oleh Israel terhadap Palestin. Aku lakukan semua ini semata-mata untuk membuatkan engkau berasa gembira. Lalu lelaki yang seorang lagi itu tersenyum dan berkata “Engkau telah mendapat kedudukanmu sebagai adikku”. Lelaki tersebut (si adik) berasa sangat gembira dan berkata “Aku tidak akan sama sekali mengecewakan abangku.”
Apabila saya melihat ini, saya berasa terkejut dan berfikir “Siapakah orang-orang ini yang baru sahaja menjadi bersaudara?” Kemudian, saudara yang tua keluar meninggalkan bilik tersebut dan saya mengintip ke dalam untuk mengetahui siapakah si adik kepada lelaki tadi. Saya melihat bahawa si adik kepada lelaki tadi adalah Perdana Menteri INDIA ketika ini (Modi). Saya berasa terkejut kerana dia (PM India) telah menjadi adik lelaki kepada Presiden AMERIKA ketika ini. Dan kini, mereka akan menyebarkan kerosakan bersama-sama.
Kemudian saya mengikuti Presiden Amerika masuk ke dalam sebuah bilik yang lain dimana dia bercakap-cakap dengan seorang lelaki yang lain. Orang tersebut adalah Perdana Menteri ISRAEL. Dia (Presiden Amerika) berkata “Kita telah menemui seorang adik yang akan melakukan apa sahaja persis seperti apa yang kita perintahkan. Lihatlah kerja yang dia (PM India) telah lakukan, dia mengikuti persis seperti jejakmu.” Kemudian mereka tersenyum dan berkata “Hari ‘itu’ telah sangat hampir. Hari dimana kita akan memerintah seluruh dunia ”
Dia (PM Israel) berkata “Aku ingin berjumpa dengan adikmu.” Kemudian mereka keluar dari bilik tersebut. President Amerika memanggil PM India dan berkata “Tidak perlu lagi untuk bersembunyi, kita akan melaksanakan misi kita bersama.” Kemudian mereka bertiga saling berjabat tangan. Mereka berkata “Sekarang kita pasti akan memusnahkan orang Islam.”
Setelah melihat semua ini, saya berkata “Orang Islam masih tidur (tidak bersedia) sedangkan musuh Islam sedang bekerja siang dan malam menurut perancangan mereka. Mereka bersatu dan orang Islam akan mengalami keadaan huru-hara terburuk sedikit waktu lagi. Pakistan juga akan menderita”

Komentar