RANCANGAN AS / ISRAEL TERHADAP PALESTINA | Impian Muhammad Qasim



Qasim berkata dia melihat sebuah mimpi pada 19 Mac 2017.
Saya melihat Presiden Amerika Syarikat membuat lawatan ke Israel. Saya berkata, “Ini mesti ada alasan tertentu dan saya mesti menyelidikinya.” Saya memakai sut dan terbang ke Israel dengan menaiki pesawat.
Presiden Amerika Syarikat dan Perdana Menteri Israel bertemu di dalam sebuah bangunan untuk bermesyuarat. Saya berkata bahawa saya mesti masuk ke dalam dan jika Allah mengizinkan, maka tiada sesiapa akan mengenaliku. Dengan nama Allah, saya masuk ke dalam. Tiada sesiapa menghalangku kerana mereka menyangka bahawa saya juga adalah sebahagian daripada ahli mesyuarat.
Terdapat dewan yang besar di dalam bangunan tersebut dan dihadiri oleh ramai orang di dalamnya. Saya memerhatikan Presiden Amerika Syarikat dan Perdana Menteri Israel. Kemudian, kedua-dua mereka pergi ke sudut bilik di kawasan seperti cabinet. Saya mengekori mereka dan melihat mereka duduk di situ dan mula berbicara. Saya berkata bahawa saya mesti dating lebih dekat untuk mendengar apa yang mereka bicarakan. Saya tidak fikir mereka akan mengenaliku kerana tiada sesiapa mengenaliku sebelum ini.
Saya berdiri dekat dengan mereka dan berpu-pura seolah-olah tidak menghiraukan mereka. Perdana Menteri Israel berkata, “Saya telah hamper menyiapkan kuil rahsia Dajjal dan tidak lama lagi, hanya nama Palestin sahaja yang tinggal. Kemudian kita akan memerintah seluruh Timur Tengah”. Saya terkejut, bahawa mereka telah pun membina Kuil Dajjal tanpa saya menyedarinya. Saya keluar dari situ dengan keadaan penuh rasa ingin tahu dan saya mula pergi kearah Palestin.
Saya melihat bahawa tentera Israel sedang merobohkan rumah-rumah Palestin. Saya melihat kanak-kanak kecil Palestin sedang melarikan diri bersama ibu mereka. Saya menjadi sangat sedih melihat kanak-kanak kecil tersebut bahawa kesulitan yang besar telah datang kepada mereka. Saya terfikir “Bagaimanakah mereka akan bertahan? Dan siapa yang akan membantu mereka? ”. Kemudian, saya melihat mereka semua pergi ke arah bangunan yang baru sahaja saya keluar tadi. Saya bertanya kepada mereka, “Kenapa kamu pergi kearah bangunan ini di mana perancangan untuk menyembelih kamu sedang dibuat?” Seorang wanita berkata, “Jika demikian, di mana akan kami bawa anak-anak kecil kami ini?. Harap-harap mereka akan membunuh kami tetapi mungkin akan berasa belas kasihan terhadap anak-anak kami”.
Saya menjadi lebih sedih apabila mendengar semua ini. Saya berkata bahawa orang-orang itu sangat kejam dan mereka telah membuat perancangan untuk membunuh semua orang. Saya segera berlepas dengan pesawatku dan pergi mencari Kuil Dajjal, jadi saya boleh memusnahkannya sebelum ia siap. Tidak lama selepas itu, saya menjumpai Kuil Dajjal tersebut. Ia adalah bangunan bewarna coklat muda dan ia telah siap. Selepas melihatnya, saya berkata bahawa sesuatu akan berlsaya dan adalah lebih baik untuk keluar dari situ. Sebaik sahaja saya berpaling, letupan pun berlsaya. Pasir dan debu mula merebak ke semua arah dan bangunan-bangunan besar mula musnah. Rumah-rumah orang Islam juga turut rosak dengan amat teruk.
Saya memikirkan tentang kanak-kanak tadi dan mula mencari mereka di dalam ribut. Tetapi, ribut tersebut sangat besar sehinggakan cahaya matahari tidak dapat sampai ke bumi dan suhu menjadi sangat dingin. Saya melihat wanita dan kanak-kanak dari jauh dan sebaik sahaja melihat mereka, saya berkata, “Bagaimana mereka akan menyelamatkan diri di dalam suhu yang dingin?” Saya berusaha sedaya-upaysaya untuk mendapatkan mereka tetapi ribut pasir terlalu hebat sehingga saya gagal mendapatkan mereka. Saya bersedih kerana tidak berdaya dan berfikir bahawa saya tidak dapat berbuat apa-apa untuk membantu mereka dan tiada sesiapa pun juga mampu berbuat demikian.
Saya berkata, hanya Allah sahaja yang dapat membantu mereka sekarang ini. Saya melihat ribut pasir merebak beserta dengan kemusnahan yang disebabkan olehnya. Saya berkata kepada diriku untuk bergerak pulang. Jika pesawat ini berhenti berfungsi, saya juga akan terperangkap di sini. Kemudian, saya pergi ke arah Pakistan dan mimpi tersebut berakhir di situ.

Komentar