TORA BORA | Impian Muhammad Qasim



Dalam mimpi Muhammad Qasim pada 6 Jun 2017 yang lalu, beliau berkata bahawa “Aku melihat diriku berada di dalam sebuah bangunan yang sangat besar. Aku memberitahu mimpiku kepada beberapa orang, bahawa pada masa akan datang akan terjadi beberapa peristiwa iaitu masa yang amat buruk akan menimpa umat Islam. Dan akan terjadi percubaan untuk menghancurkan Islam sepenuhnya. Namun demikian, Allah SWT akan membantu orang Islam dan Islam akan tersebar keseluruh pelusuk dunia.
Kemudian, seseorang telah bertanya kepadaku “Qasim, bilakah mimpimu akan menjadi kenyataan?” Aku kemudiannya terdiam dan berfikir bahawa hanya Allah SWT sahaja yang Maha mengetahui bilakah mimpi-mimpi ini akan menjadi kenyataan. Buat masa ini, Aku hanya boleh membuat anggaran-anggaran yang tidak tepat.
Seorang lagi berkata “Apakah tanda-tanda yang menunjukkan mimpi-mimpimu itu benar? Bagaimana kami boleh mempercayaimu? Beritahu kami apakah peristiwa yang akan berlaku yang mana membuktikan kebenaran mimpi-mimpimu” dan mereka bertanya pelbagai soalan lagi. Saya tidak ada apa-apa untuk diperkatakan, jadi saya berlalu pergi dari sana.
Kemudian, seorang lelaki yang telah mempercayai mimpiku berkata “Mimpinya adalah benar.” Saya akan menyelidiki perkara ini. Saya akan cuba untuk mencari bilakah mimpi-mimpi ini akan menjadi kenyataan dan peristiwa yang manakah akan terjadi terlebih dahulu.
Kemudian, lelaki tersebut berlalu pergi dan memasuki bilik seperti perpustakaan. Terdapat sebuah buku di sana dan sehelai kertas diletakkan di dalamnya . Dia membuka kertas tersebut dan terdapat tulisan di atasnya iaitu
TANDA PERTAMA MIMPI QASIM
MEREKA AKAN CUBA MEMBUAT PAKISTAN SEPERTI “TORA BORA”

Komentar