Sabda Rasulullah ﷺ “Jika zaman itu telah dekat (kiamat), banyak mimpi orang beriman tidak bohong".
Dan sebenar-benar mimpi di antara kalian adalah mimpi orang yang paling jujur dalam perkataan.” [Hadith riwayat Muslim]
-------------------------------------------------------------------
Siapa Muhammad Qasim bin Abdul Karim?
Siapa Muhammad Qasim bin Abdul Karim?
Muhammad Qasim bin Abdul Karim merupakan seorang pemuda berketurunan Quraisy, warganegara Pakistan. Beliau kini berumur 41 tahun dan telah bermimpi bertemu Allah SWT (disebalik hijab) & Rasulullah ﷺ sejak beliau berumur 12 tahun.
Allah SWT telah mengurniakan pengetahuan ghaib kepada Muhammad Qasim sebagai peringatan dan belas kasihan kepada umat Islam. Di antara mimpi beliau termasuklah Peperangan Akhir Zaman, Keamanan Dunia, Kebangkitan Islam, Dajjal, Ya’juj dan Ma’juj dan Nabi Isa a.s.
Pada tahun 2014 yang lalu, Allah SWT memerintahkan beliau untuk menyebarkan mimpi-mimpi tersebut kepada seluruh umat Islam sebagai persediaan menghadapi fitnah akhir zaman dan untuk menyelamatkan Islam.
-----------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------
Pada 28/09/2015 Qasim melihat sebuah mimpi.
Saya pergi ke suatu tempat dalam kegelapan malam tetapi saya tidak tahu ke mana hendak dituju. Saya teruskan berjalan dan saya melihat Baginda Muhammad ﷺ berbaring di atas katil di bawah langit yang terbuka . Saya berlari kepadanya dan setelah duduk , saya bertanya kepada Baginda ﷺ, “Mengapa anda berbaring di sini? Mengapa anda tidak tidur di rumah anda”? Baginda Muhammad ﷺ berkata "Anak… rumah yang mana? Rumah yang saya buat telah diambil oleh orang yang tidak baik dan orang-orang beriman yang berada di rumah saya telah melarikan diri di dalam bentuk kumpulan. Sementara orang-orang yang mengambil alih rumah saya merosakkannya dengan teruk. "
Saat itu, saya melihat ke dalam mata yang basah milik Baginda Muhammad ﷺ. Apabila mataku melihat mata Baginda ﷺ yang luar biasa, saya menjadi sangat terpesona dan terpaku. Saya berasa seolah-olah kedua matanya telah Allah telah penuhi dengan semua NurNya. Ia merupakan detik yang istimewa dan menakjubkan bagi saya. Airmata Baginda Muhammad ﷺ bercucuran saat Baginda berkata ,“Anakku! Selamatkan rumah saya melalui bantuan Allah dari orang-orang itu dan bangunkan rumah saya semula. Himpunkan umatku menjadi satu dan pimpin mereka kepada takdir mereka. Janganlah takut kepada sesiapa kerana Allah bersama denganmu. Dia akan membantumu dalam setiap saat dan keadaan.. Kamu adalah anakku dan adalah mustahil Rahmat Allah mengabaikan anakku.”
Saya melihat ke dalam mata yang basah Nabi Muhammad ﷺ dan berkata kepadanya , “Tidak kira betapa berbahaya atau sukarnya tugas ini, saya akan melakukannya dengan pertolongan Allah”. Mendengarkan ini, mata Baginda Muhammad ﷺ dipenuhi dengan kebahagiaan. Kemudian Baginda ﷺ mula memohon kepada Allah dan berkata , “ Bantulah anakku”.
Kemudian saya mula berjalan dan Nur Allah menunjukkan saya jalan ke rumah Baginda Muhammad ﷺ . Apabila saya sampai di sana, saya berkata kepada diri saya bahawa ini ialah rumah saya sekarang. Setelah itu, saya melihat terdapat beberapa orang bersenjata di atas bumbung sedang mengawasi sesiapa dari memasuki rumah itu.
Nur Allah muncul di jari telunjuk kanan saya dan ia memusnahkan mereka. Kemudian saya melangkah masuk ke dalam rumah dan mendapati bahawa seluruh rumah telah diubah menjadi sebuah gua. Saya menjadi sangat sedih kerana mengetahui tiada seorang pun orang Islam di sana. Saya mula mencari umat Islam dan berfikir di manakah mereka semua? Bagaimana saya hendak memanggil mereka?
Kemudian saya melaungkan “AllahuAkbar! AllahuAkbar!”. Beberapa orang umat Islam mendengar akan panggilan saya dan mimpi itupun berakhir di situ.
Komentar